Thursday, June 19, 2014

Orang ketiga #

Assalamualaikum and hi all 

Alhamdulillah diberi peluang untuk jari jemari ini menari menaip entry belog yang cukup panjang insyaallah . Kalau sanggup boleh teruskan dan kalau tak mampu nak tahan mata you alls boleh shut down and then pergi main bola tak pun tido ataupun main guli . Okay seperti yang anda semua tahu afaf adalah gadis yang telah mendirikan rumah tangga bersama suami zaid harithah pada usia 19 tahun . And its been 6 month already . 

6 month baru lagi kan . So bak kata orang enjoy lah dulu dengan suami sebelum ada anak yang ramai kan you guys ? 

One day . Tiba tiba lah kan tekak afaf memang selalu rasa loya , rasa pening and adalah nampak macam tanda tanda orang pregnant kan . One week berlalu macam gitu saja and then bila one day dapat call by adik and dia bagitahu abah afaf masuk wad sebab tekanan darah dia tiba tiba tinggi dan of couse harus lah duduk dalam hospital tu until darah tu turun balik kan . 

Keesokkannya pulanglah diriku ke kampung halaman jenguk keadaan abah . 
Jumpa abah and then abah bagitahu dengan muka yang sangat bersungguh sampai matanya terbeliak 

" eh abah mimpi ateh mengandung " 

You guys boleh bayang tak muka dia macam mana , ya allah . gulp 

and then dalam hati eh betul ke ? rasa berdebar tapi jelas tersenyum sorang . 

memang masa tu ada kemungkinan lah kan afaf preggy sebab rasanya one month and lebih lebih sikit tak datang bulan .

afaf tak kisah . alhamdulillah kalau mengandung sebab memang hati dah rasa teringin nak ada anak sendiri and also alhamdulillah kalau tak mengandung sebab afaf risau juga kesihatan if i have a hectic life during study kan .

Satu malam tu , afaf bangun malam . Ya allah kalau betul aku mengandung kau tunjukkan lah tanda tandanya wahai allah agar aku tidak tertanya tanya . 
And then malam tu afaf memang mimpi baby . Dua malam berturut turut mimpi baby , subhanallah 
afaf tak pasti sebab mimpi ni pun ada yang datang dari syaitan juga. Afaf hanya mampu doa 

Dua hari lepas tu afaf beriya iya pergi cari pregnancy test dekat watsons tau . Beli satu 
bawa balik rumah terus masuk tandas test . 
Hasilnyaaa tadaaaa . Negative 

punya lah tak puas hati . nak juga hasilnya positive dua hari lepas tu afaf pergi beli lagi . 
Pun negative juga . Hampa sebab memang harap harap dalam rahim afaf ada suatu yang berharga . 

And then one day bila keluar dengan husband afaf pergi post order customer afaf beli lagi satu tau . Sebab masih tak puas hati . Teruk betul afaf sampai husband afaf geleng geleng kepala sebab dia rasa afaf ni macam dah berangan lah . Ia satu perasaan yang tak mengandung tapi rasa mengandung . 

Pun negative . 


One week afaf malas nak fikir pasal pregnant ke apa , biar je sebab dah rasa kecewa dengan hasil test tu . Afaf rasa macam nak salah kan test tu saja . Entah betul ke tak . hihi 

Hari selasa afaf balik ipoh , afaf memang rasa sakit sakit perut and then mudah stress , rasa sikit sikit nak nangis , tak tahu kenapa . Jenuh husband afaf pujuk 

" jangan lah sedih lagi , kuat sikit ye . nak pizza ? kfc ? nak apa ? 
bila dengar pizza semua benda tu afaf jadi senyum kejap lepas tu sambung nangis balik . 
kebetulan masa tu memang umi afaf ada sekali so dia pun macam serba salah nak balik kelantan.


2 days lepas tu afaf pergi jusco . Kali ni beli lagi pregnancy test . Kali ni beli yang mahal sikit sebab husband afaf kata mungkin hasilnya positive kot . haaa ayat nak buat afaf senyum . 

Balik rumah memang laju laju masuk tandas . then test tu tak boleh pakai 
i dont know why . Dugaan 
Benda alah tu jadi macam ni haa



afaf beli benda alah ni RM32 tau . Sedih bila kena campak dalam tong sampah macam tu je

Tak puas hati lagi afaf ajak husband pergi klinik . Then bila masuk klinik kesihatan tu punya lah ramai . Dua jam afaf tunggu dekat situ akhirnya afaf balik macam gitu saja.  Bukan apa , kesian husband afaf sebab dia bukan jenis orang yang suka buang masa macam tu so dia bawa afaf dekat poliklinik saja . 

Test urine then hasilnya memang negative . Dr banyak sembang dengan afaf , dia bagitahu keadaan hormon afaf mungkin tak stabil dan bla bla bla and then kalau berlarutan afaf memang perlu jumpa pakar . Afaf dengar tak dengar saja sebab dalam hati rasa berbelah bagi . Sedih ada , sukaa pun ada . Tapi afaf tahu ada hikmah 

Afaf yang terlampau excited sebenarnya . Dan sekarang afaf redha 
Mungkin perut afaf memang buncit . Bukan ada baby pun