Tuesday, November 26, 2013

Memang indah kalau kena pada tempatnya

Bismillahirahmanirrahim , alhamdulillah selamat sampai key L dari ipoh . Semalam . Teman dia pergi poli . Tengok tengok student baru masuk
Harini hari pertama rasanya aku jalan kan tugas sebagai seorang isteri . Nothing change cuma biasa lah . Kemas rumah , masak . Oh masak ?
Rumah ni mana ada bersepah cuma dia yang nak kemaskan stor yang penuh dengan periuk belanga . Hehe
Pagi pagi lagi bangun kejut kan encik suami
Awak , awak rasa nak makan apa harini ?
Hmm , kenapa tanya ?
Alahai saya ingat nak pergi pasar . Nak masak untuk awak
Eleh . Nak masak ea ? Hmmm mee goreng . Betul ke nak masak ?
Betul lah , jujur saya tak pandai masak . Tapi saya cuba ea
Okay , dah dah . Pergi siap siap , solat subuh lepas tu cerah siket kita pergi pasar.
Sampai saja kat pasar tiba tiba rasa banyak pulak benda nak beli .
Nak itu nak ini . Mana tak nya dalam kepala ni fikir kejap lagi masak mee goreng , tengahari nak masak apa , malam pula macam mana ?

Aku ambil je apa yang aku rasa perlu . Dia tukang bawa barang , masa aku tengah pilih pilih sayur dia pandang . Lamaaaaa
Kenapa awak pandang ?
Nampak terserlah keibuan awak . Dia senyum
Oh yeke ? Dalam hati . Ya allah apa hal dia ni buat aku malu pulakk . Aku tunduk seolah olah , tak ada perasaan
Punyalah banyak barang . Penuh satu bakul
Apa yang tak ada , semua ada . Kicap , sos , chili , sayur , susu , biskut , mee , roti , ulam ulam , budu . Budu ?
Haaaa . Budu
Aku beli sebab haritu kat kelantan aku nampak dia makan macam selera je . Aku rasa dia suka
Balik rumah , masuk dapur masak . Sama sama, dia suruh aku masak lebih sebab nak pegi bagi rumah nenek . Biar nenek rasa
Hmm , nak bagi nenek rasa kena masak sedap sedap lah
Masa tengah makan aku pandang dia .
Dia pandang aku . Dia Kerutkan dahi tanda pelik  mungkin .
Kenapa pandang ?
Encik hakim call tadi , kita kena ambil baju untuk program next week
Bila kena ambil ?
Malam ni
Okay , dia sambung makan . Tak pandang aku langsung
Awak .
Ya .
Banyaknya awak makan . Sedap ?
Sedap .
Betul ke ? Ke awak nak jaga hati saya ?
Kalau tak sedap saya tak makan , sebab sedap lah saya makan banyak ni.
Saya jujur kan . Dia gelak
Dalam hati , huh . Harap harap apa yang dia cakap betul .

No comments:

Post a Comment