Friday, November 29, 2013

Jatuh cinta dengan suami . Boleh ke ?

Sedang aku melangkahkan kaki masuk ke dalam train .
Aku berpakaian serba hijau . Aku dan dia . Sedondon
Sama persis mereka yang sedang hangat bercinta .

Aku pandang kiri . Ku lihat kanan . Ahh , train ini selalu penuh
Orang seperti aku memang tidak layak untuk duduk .

Mata aku terpaku melihat seorang wanita tua . Khusyuk membaca
Entah buku tajuk apa pun aku tidak pasti .

" ai tengok apa ?

Terkejut . Seolah olah aku baru sedar dari lena .

"Haaa ? Tak ada apa pun . Tu haaa saya tengok mak cik tu , rajin baca buku .

" awak suka menulis kan ?

" ye , kenapa ?

" awak percaya tak dalam masa beberapa tahun lagi orang ramai akan pegang buku yang awak tulis tu ? Buku hasil tulisan tangan awak sendiri  .

" haaa . Tipu lah , tulisan tangan saya tak seberapa . Sekali baca pun sudah mual . Bosan , kalau ada orang yang sudi baca buku saya pun mungkin sorang je . Awak

Ya , tulisan tangan ku tak seberapa . Sudah beberapa minggu tulisan tangan ku di hantar dengan harapan ia bakal di terbitkan . Tiada maklum balas , aku hampir putus asa untuk menulis lagi

" awak , sekurang kurangnya awak cuba kan ?

" ye , saya usaha .

Terdetik dalam hati , benar katanya . Biar orang tak nampak tapi sekurang kurangnya aku cuba . Usaha . Berharap walaupun aku sendiri tak tahu sampai bila .

" lapar tak ?

" hmm , lapar .

" kita makan tepi jalan nak ?

" hee , kfc depan tu . Jom

" haish . Baik lah cik isteri

Ikut kan dia memang nak saja makan tepi jalan aku memang perempuan yang mengada . Kesian , dia selalu kena ikut kan aku

Keluar saja dari kfc . Dia tarik tangan aku ke gerai depan . Gerai steamboat . Gemar betul dia dengan makanan sebegitu

Alhamdulillah . Allah beri aku nikmat kenyang di saat ramai lagi saudara ku kelaparan .

Kali ini kaki melangkah masuk ke dewan . Aku dan dia perlu mengambil baju untuk di pakai di program anjuran menteri besar selangor .
Masuk sahaja dewan  . Mata ku terbeliak besar
Jamuan makan ? Aku mula heran

" awak , en hakim tak cakap pun ada jamuan makan bagai . Dia kata suruh ambil baju je .

" entah . Hakim tu memang pelik , dari dulu . Saya dah lama bengang dengan dia sejak hari tu , orang call tapi tak reti reti nak angkat .

" tak apa lah . Biarkan je dia , awak makan ea , saya kenyang

Dalam dewan , taklimat program di beri
Jelas mukanya tidak fokus . Langsung tak
Dia hanya banyak ketawa . Entah apa yang melucukan pun aku tak tahu

" afaf , sahabat sejati macam mana ?

Terus dia angkat tangan ke atas , memuncungkan mulut sambil menyebut " buubububububu "

Itu trademark kami , sahabat sejati .

Kebiasaannya apabila telingaku mendengar trademark tersebut aku akan ketawa . Tapi kali ini , tumpuan ku pada taklimat . Mana mungkin aku menganggap itu satu perkara yang melucukan

Tapi , aku serba salah .

" awak , boleh saya tanya satu soalan ?
" apa dia ?
" kalau awak buat lawak tapi saya tak gelak , saya dapat dosa tak ?

Tanganku dipegang erat . Di hadapan khalayak ramai aku tunduk tanda malu . Dia hanya mengukir senyuman

" tak , awak tak dosa . Saya tak marah kalau awak tak gelak

Aku hanya mampu tersenyum tanda lega .

Habis taklimat . Tepat pukul 10 malam
Keluar sahaja dewan , dia membuka kata

" sekarang dah lambat , nak naik train pun tak sempat

" entah lah , check in hotel jelah . Nak call ummi pun takut dia penat nak datang ambil

" haish , tak ada benda lain dia fikir . Hotel jee , jom lah kita jalan jalan dulu sambil fikir macam mana nak balik

" baik sahabat .

Tak sampai lima belas minit berjalan , kasut aku kopak . Kaki aku luka

Dia dukung pergi masjid . Aku dan dia duduk di situ
Kami sembang . Cerita itu dan ini .

Indah sungguh . Bahagia

Ya allah , aku jatuh cinta . Jatuh cinta dengan dia
Dan itu satu rasa yang bukan sia sia . Kan ?

Dari jauh cahaya lampu kereta pak lang mematikan perbualan kami

" kesiannya kamu berdua . Dari pukul berapa keluar ?
" tengahari tadi haaa .
" zaid , suruh lah abah belikan kereta . Hadiah perkahwinan kamu

Zaid , dia hanya diam . Aku sendiri pun malas membuka kata .
Bagi aku , aku tidak pernah kisah akan sebuah cerita hidup yang susah .
Mendapat sesuatu dari apa yang di usahakan sendiri rasanya lebih bermakna .

Aku percaya , suatu hari Tuhan pasti beri kesempatan itu .
Kadang kadang bila kita rasa kita susah , kita akan lebih menghargai hidup . Bukan kami tidak mampu , tapi kami memikirkan sesuatu yang lebih penting daripada itu

Tuesday, November 26, 2013

Memang indah kalau kena pada tempatnya

Bismillahirahmanirrahim , alhamdulillah selamat sampai key L dari ipoh . Semalam . Teman dia pergi poli . Tengok tengok student baru masuk
Harini hari pertama rasanya aku jalan kan tugas sebagai seorang isteri . Nothing change cuma biasa lah . Kemas rumah , masak . Oh masak ?
Rumah ni mana ada bersepah cuma dia yang nak kemaskan stor yang penuh dengan periuk belanga . Hehe
Pagi pagi lagi bangun kejut kan encik suami
Awak , awak rasa nak makan apa harini ?
Hmm , kenapa tanya ?
Alahai saya ingat nak pergi pasar . Nak masak untuk awak
Eleh . Nak masak ea ? Hmmm mee goreng . Betul ke nak masak ?
Betul lah , jujur saya tak pandai masak . Tapi saya cuba ea
Okay , dah dah . Pergi siap siap , solat subuh lepas tu cerah siket kita pergi pasar.
Sampai saja kat pasar tiba tiba rasa banyak pulak benda nak beli .
Nak itu nak ini . Mana tak nya dalam kepala ni fikir kejap lagi masak mee goreng , tengahari nak masak apa , malam pula macam mana ?

Aku ambil je apa yang aku rasa perlu . Dia tukang bawa barang , masa aku tengah pilih pilih sayur dia pandang . Lamaaaaa
Kenapa awak pandang ?
Nampak terserlah keibuan awak . Dia senyum
Oh yeke ? Dalam hati . Ya allah apa hal dia ni buat aku malu pulakk . Aku tunduk seolah olah , tak ada perasaan
Punyalah banyak barang . Penuh satu bakul
Apa yang tak ada , semua ada . Kicap , sos , chili , sayur , susu , biskut , mee , roti , ulam ulam , budu . Budu ?
Haaaa . Budu
Aku beli sebab haritu kat kelantan aku nampak dia makan macam selera je . Aku rasa dia suka
Balik rumah , masuk dapur masak . Sama sama, dia suruh aku masak lebih sebab nak pegi bagi rumah nenek . Biar nenek rasa
Hmm , nak bagi nenek rasa kena masak sedap sedap lah
Masa tengah makan aku pandang dia .
Dia pandang aku . Dia Kerutkan dahi tanda pelik  mungkin .
Kenapa pandang ?
Encik hakim call tadi , kita kena ambil baju untuk program next week
Bila kena ambil ?
Malam ni
Okay , dia sambung makan . Tak pandang aku langsung
Awak .
Ya .
Banyaknya awak makan . Sedap ?
Sedap .
Betul ke ? Ke awak nak jaga hati saya ?
Kalau tak sedap saya tak makan , sebab sedap lah saya makan banyak ni.
Saya jujur kan . Dia gelak
Dalam hati , huh . Harap harap apa yang dia cakap betul .

Monday, November 11, 2013

Sebab apa .

Bismillahirahmanirrahim . Alhamdulillah rasanya dah lama tak update . Last update before final kalau tak salah . Sekarang final pun dah 2 week habis . Syukur sangat sangat
Walaupun final dah habis actually afaf still lagi sibuk . Mana tak nya , nak buat persiapan untuk nikah nanti . Dah tak lama dah , rasanya dah boleh kira pakai jari kan :)
So thats why lah afaf susah sangat nak update . Haritu ada orang tanya ai tak update belog dah ke nanti dah jadi isteri orang lagi lah sibuk . Sebenarnya nak update tapi tu lah , tak ada masa lagi dan rasanya tak ada benda nak share . Totally kosong dalam kepala
And kalau pasal nanti dah jadi isteri orang afaf akan jadi makin sibuk tu afaf tak tahu lagi . Walaupun tugas lain bertambah insyaallah afaf akan cuba tarikan pena ini . Afaf suka bercerita . Jadi mana mungkin afaf tinggalkan belog . Kan ? Afaf tahu perkahwinan bukan benda yang boleh have fun . Afaf tahu itu dan mohon doakan afaf ye
Doakan afaf akan bakal jadi isteri yang solehah kepada seorang lelaki yang telah di beri amanat oleh ummi abah , righteous daughter for ummi and abah dah juga hopefully pelajaran afaf baik baik saja .
Dan alhamdulillah one month yang lepas Jabatan Perkhidmatan Awam telah luluskan perkahwinan afaf .
Setakat ini semua berjalan lancar . Tak ada masalah , hantaran pun totally dah siap and the most important thing is ianya buatan tangan afaf sendiri . Afaf tak tahu lawa ke tak tapi afaf cuma nak cuba buat sendiri , ia lagi buat afaf puas hati . Kalau tak comel pun rasanya masih boleh di perbaiki . Kan ?
Rasanya belog ni tempat yang sesuai untuk afaf mohon maaf dekat semua yang afaf tak ajak pegi majlis kawin afaf 23hb nanti . Bukan niat tak nak ajak tapi because of haritu sibuk dengan final so bila dah habis final semua pakat nak balik jadi tak sempat langsung nak invite .
Pakat mari lah deh :) haaa tu dio kecek kelatey . Haha