Sunday, September 22, 2013

Allah sangat baik

Allah sangat baik
Aku sering kali berbuat dosa , bukan sekali
Entah kali ke berapa pun aku tak pasti .
Sangat baik , aku sentiasa di beri peluang untuk bertaubat

Allah sangat baik
Dia beri aku ummi abah yang selalu ada dengan aku .
Apa sahaja permintaan ku pasti di penuhi
Sehingga ada suara yang berkata ' untung lah kau afaf , mak ayah kau sporting , apa kau nak kau dapat . ' aku sekadar diam . Ya , alhamdulillah

Allah sangat baik
Dia beri aku kakak dan adik
Adanya mereka yang selalu hiburkan hati

Allah sangat baik
Dia beri aku tempat tinggal. Walaupun tidaklah seindah istana, tapi cukup untukku berlindung dari panasnya mentari

Allah sangat baik
Adanya Humaira Collection
Walaupun tidak se gah mana ,
Itu tetap rezeki .
Siapa bagi ? Allah

Allah sangat baik
Dia berikan aku kekuatan di saat aku lemah
Di saat air mata membasahi pipi , dia biarkan aku terlena .
Bila mana aku tersedar , aku kembali ceria

Allah sangat baik
Dia beri aku sahabat. Aku berkongsi suka dan duka dengan mereka .
Banyaknya ragam . Aku percaya , Allah temukan aku dengan ramai sahabat bukan untuk menghakimi tapi untuk mempelajari .
Masing masing dengan sikap tersendiri

Allah sangat baik
Di saat aku tidak percayakan sucinya cinta
Dia hadirkan aku seorang tunang yang baik .
Di saat aku melihat ramainya remaja jatuh ke jurang maksiat ,
Allah memilih aku untuk meraih cinta halal . Insyaallah

Allah sangat baik
Dia beri aku macam macam
Aku cuba kira , satu dua tiga .
Ah banyak . Mana mungkin aku mampu membilangnya
jadi aku cuba guna kalkulator saintifik,
ah...math error?
Itu tanda terlalu banyak benda yang telah Allah beri.

Allah sangat baik
Aku mahu buat baik pada allah juga.

Allah beri aku macam-macam. Aku pun perlu beri sesuatu!

Aku cuba cari satu hadiah paling istimewa buat-Nya.

Aku belikan cadbury .
Besar . Black forest kegemaran aku
Tapi Allah tak mahu

Aku belikan perfume terwangi.
Mahal. Cantik. Import dari Istanbul
Allah tak mahu.

Aku belikan gadget tercanggih.
Boleh main game. Boleh access internet. Boleh buat macam-macam.
Allah tak mahu.

Kenapa Allah tak mahu? Aku sayang Kau, Allah!

Hari ni baru aku tahu, apa yang Allah mahu.

Hanya satu.

Allah mahu supaya aku menjadi hamba-Nya yang taat.

Tapi, aku tak boleh.
Kerana aku memang hamba yang pembohong.
Yang aku tahu hanyalah mengatakan cinta, tapi hati dusta.
Yang aku tahu ialah berkata syukur, tapi hati kufur.

Aku bukan hamba yang baik, kan Allah?

Tapi..
Allah, aku mahu menjadi hamba yang baik. Boleh kan?

Terima kasih Allah,
kerana memberi aku kesedaran,
serta memberi aku peluang,
dan kerana tidak menghukum aku atas segala kelalain aku selama ini.

Aku ialah hamba, Engkau ialah Tuhan.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (51;56)

2 comments:

  1. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga kita bersahabat hingga ke syurga sayang ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih saeng :)) doakan afaf yeee

    ReplyDelete