Thursday, August 8, 2013

Salam Lebaran .

Salam to my loyal readers :)) Wah awkwardnya nak update belog hari ini . Tak tahu kenapa tapi serius betapa aku sangat rindu nak update blog . Tapi selalu saja tak berkesempatan because of aku jenis yang malas nak on lappy . Alah , Pemalas . Aduh segan sungguh

Okay , first of all Salam Lebaran to all of you . Muka sorang sorang nampak macam ceria , rasa malas nak hadap facebook lama lama because banyak sangat photo raya yang diupload orang . Alahai 
Bahagia betul . 

Cerita Satu Syawal . 

Pagi pagi after solat subuh tak tahu kenapa aku boleh tertido balik , ya allah bangun tu pun sebab adik yang kejutkan . Nak solat raya 
Dalam keadaan baru bangun memang rasa sangat malas nak pergi masjid . Aku bangun , termenung . 
Nak pergi masjid tak , nak pergi ke tak . Tak pergi rugi , setahun sekali

Last last alhamdulillah , Allah pilih aku untuk berada di sana setelah Dua tahun aku tak pergi solat hari raya because of sebab sebab yang tertentu . Tahun ni merasa juga solat raya lagi . Terharu 


Benda yang paling bahagia yang aku rasa adalah aku dapat snap photo family . Whole family , dalam keadaan yang ceria dan suasana yang tidak tegang . Berbeza dengan raya sebelum ni . 
Jujur , aku rindu kan satu family yang bahagia . Bukan aku sahaja , adik beradik yang lain . 
Ya Allah , kalau lah ummi abah tahu . Kami Rindu itu semua 
Apa apa pun , Syukur . Sekarang keadaan semakin pulih , ummi abah jarang salah faham each others , perkara biasa dalam hubungan  . 









Bila tatap satu satu gambar , air mata bagai nak jatuh . Alhamdulillah , aku masih punya ummi abah . Sedangkan masih ramai yang hidup tanpa mak ayah . Memang rasa sedih nak nak pula bila ummi kata 

" Ummi lahirkan anak anak ummi dalam keadaan yang cukup mudah , besar kan anak anak ummi tanpa sebarang masalah . Jodoh anak anak ummi pun mudah . Alhamdulillah , tak lama lagi anak anak ummi dah nak di ambil orang . Semua dah besar , jujur ummi kata . Ummi masih tak puas tatap muka kamu sorang sorang . Masih tak puas jaga kamu lima beradik , Ya allah. Cepatnya masa berlalu "




Selamat Hari Raya , maaf zahir dan batin .









No comments:

Post a Comment