Tuesday, August 6, 2013

Allah itu baik , Dia telah permudahkan

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful 
Alhamdulillah , masih bernafas dan masih boleh tatap muka ummi dan abah . 
Puasa dah nak habis , esok lusa dah raya . Ya Allah , tak sempat khatam Quran . Malu pulak dengan seorang gadis yang ku panggil adik . Hari hari nampak dia baca Quran , even pergi mall nak shopping baju raya sekali pun dia tetap bawa Quran . Kenapa bukan aku ya allah ? Aduh .
Nak raya dah , tapi langsung tak ada rasa because of majlis nikah kak long raya ke empat nanti . Ya , memang lah raya ke empat lama lagi tapi tengok lah rumah kami , masyaAllah . Bersepah dengan barang barang nikah . For sure memang tak ada siapa pun yang boleh jejak rumah ni . Close 

Tadi Zaid call , dia tak cakap banyak . 

Zaid : Afaf , ummi cadangkan kita nikah after final . Thats mean hujung bulan 11 ni . 
Afaf : What ? Ummi yang cadangkan ? 
Zaid : Iya lah , kenapa ? 
Afaf : Eh eh , sempat ke ? Kita nak focus on study lagi , nak prepare for nikah lagi . Zaid , Afaf rasa tak sempat lah . 
Zaid : Siapa kata kita akan uruskan semua  ? Kita tolong sikit sikit je , yang lain serah   kepada family . 
Afaf : Amboi , senangnya . Tapi macam mana Afaf nak bagitahu my whole family yang Afaf dah nak nikah tak lama lagi dah ? Dorang tak akan yakin lah yang Afaf boleh handle myself during study . Nak belajar lagi , fikir pasal rumah tangga lagi . Ya Allah
Zaid : Apa yang membebankan awak sebenarnya . Parents saya okay . Tak ada masalah 
Afaf : Okay , my family sangat pentingkan education . Tak habis belajar lagi mana boleh nikah ? 
Zaid : So that awak nak kata after belajar , nikah then lepas tu dah tak payah belajar dah?
         awak cakap seolah olah tuntut ilmu boleh berhenti kan ? Padahal ianya perlu berterusan . Apa salahnya nikah sambil belajar . 
Afaf : Afaf akan kata okay kalau ummi abah okay . Kalau dorang tak okay nampaknya kita kena pilih date lain yaa
Zaid : Okay , bincang dulu yaa dengan ummi abah 



aku dah macam tak tenang bila zaid cakap macam sure sure kami akan nikah bulan november ni . Ya allah , dekat sangat dah . Macam mana nak prepare semua ? Okay Afaf tarik nafas , hembussss . Huh 
Ya allah , lembut kan lah hati ummi abah . Jika ini semua terbaik untuk aku . Permudah kan lah 


Afaf : Ummi , ateh nak bagitahu yang parents Zaid cadangkan kami nikah hujung 
         bulan 11 ni . Ummi okay tak ?

Ummi pandang aku , dia diam . Ya allah dalam hati ni hanya Tuhan yang tahu , Dup dap dup dap . Aku mula pretend , berlagak seolah olah tenang dengan apa sahaja keputusan ummi . Yakin , itu yang terbaik .

Ummi : Ummi tak kisah , awak kena bincang dengan abah yaa . 

Ummi tak cakap banyak because dia nak bergegas keluar pergi bank . Katanya nak cepat sebab risau bank tutup . 

Saat ummi dan semua orang pergi . Aku stay di rumah , sorang sorang . 
Tiba tiba abah balik , entah dari mana . 

Afaf : Bah , ateh nak bincang kejap . Tapi abah jangan cakap apa apa dulu , ateh cuma nak minta           pendapat .
Abah : Ya , ada apa ? 

tengok lagak abah seolah olah dia tahu apa soalan yang bakal aku ajukan . Belum sempat aku tanya apa apa , dia senyum . entah kenapa 

Afaf : Bah , bila agaknya masa yang sesuai untuk ateh nikah ? Pada pendapat abah lah , ateh tak kisah bila bila , ateh cuma tanya 
Abah : Pada pendapat abah , abah tak kisah dan abah tak halang awak nak nikah awal .  Perlu kepada persediaan  . Dalam masa terdekat pun abah okay , lagipun awak dah ada income sendiri . Tak ada masalah , cuma ingat satu . Pelajaran itu penting 
Afaf : Ya allah , alhamdulillah . Terima Kasih bah

Allahuakbar , senangnya ummi abah bagi greenlight . As long as abah restu aku rasa lega . Sangat lega , sebab restu mereka sangat penting . Biar lah orang luar nak kata apa pasal kawin muda , banyak orang kata aku gatal . Biarkan , mereka tak faham . Nak puaskan hati mereka memang susah . Alhamdulillah


Banyak benda yang aku perlu belajar , seperkara yang aku sedar ialah; perkahwinan bukan semata menyatukan dua insan yang menyayangi antara satu sama lain, menghalalkan apa yang sebelumnya haram, boleh bergurau senda dan duduk bersama dengan pasangan, ianya lebih dari itu.




# aku di uji dalam kegembiraan dan kebahagiaan ini . Ya Allah , permudahkan lah . 
   Sabarkan hatimu saat dilanda gundah gulana. Percaya pada janji Allah, setiap kesulitan itu akan    ada kesenangannya. Dan yang paling penting Allah itu sentiasa ada di setiap sisi kita, setiap        saat! Jangan pernah berpaling tadah dari kasih-Nya dan yang paling penting yakin bahawa          pertolongan Allah akan menyusul.


Before publish , ni haa nak promote jubah baru di Humaira' Collection :) For those yang dah bisa pakai kain crepe tahu lah akan bezanya kain ni dengan yang OTHERS . this one jubah plain 
Kainnya cantik , selesa , ringan , dan senang di iron :) Boleh lah jenguk jenguk Humaira' Collection

Okay done . Published 










No comments:

Post a Comment