Wednesday, August 28, 2013

Pernah . Kau ?

pernah?
pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang
sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu
sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu 
lebih mudah dari kalau kau pilih untuk lupakan dia
sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil
sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doakan
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada
sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau
sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah?
aku pernah . 
Biar apa orang nak kata. Biar apa orang nak fikir. Biar apa orang nak hukum. Diam.
 Satu tanyaku yang masih tersisa: ketika kita punya pilihan untuk bahagia bersama, mengapa air mata masing-masing yang menjadi jawaban?

Friday, August 16, 2013

Engage . Kenapa jadi heboh

Salam to readers . Alhamdulillah , rindu sangat dengan blog . Dah berapa hari dah majlis tunang , baru harini afaf nak update . Baru harini rasa nak cerita .
First of all syukur alhamdulillah , semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah .
Pada awalnya afaf tak nak hebohkan tentang pertunangan ni because bagi afaf pertunangan itu tidak perlu di heboh heboh kan . Berbeza dengan pernikahan
Di sebab kan oleh itu , afaf tak inform sesape pun pasal majlis tu akan di adakan kecuali kawan kawan yang betul betul dekat dengan afaf .
Tapi after majlis tu berlangsung , afaf buka facebook . Tengok tengok mak ai notti berlambak .
Garu garu kepala because notti afaf biasa tak banyak sebab afaf bukan jenis yang selalu update status . Then tilik punya tilik rupa rupanya adik afaf ada uploadkan gamba sekitar majlis pertunangan tu. Ramai yang pm , call and ada juga yang post kat wall ucap tahniah atas pertunangan . Ya allah , gara gara teknologi . Dunia makin tak aman . Alahaiiii
For those yang mendoakan afaf dan zaid terima kasih sangat sangat . Semoga semua baik baik saja . Bak kata ustazah afaf , bila dah bertunang dugaan yang datang lagi banyak . Semoga afaf kuat menghadapi
Before afaf lupa , haritu afaf nampak ada gamba kak fatimah mokhtar kawin . Alhamdulillah , cantik sangat . Barakallah
Okay enough , itu cerita bahagia .
Dukanya ada juga , for those yang loyal dengan blog afaf dulu
afaf pernah luah tentang afaf kena fitnah macam macam tu kan , sekarang makin teruk sebenarnya , that hater siap ugut nak bunuh lagi . Tapi rasanya tak perlu afaf cerita dari a sampai z kan , sikit sikit cukup lah kan , alhamdulillah parents afaf dah buat report polis . Semuanya dalam siasatan dan hater tu sekarang sedang dipantau . Doakan keselamatan afaf yaaaaaa .

for those yang minta nak tengok gamba tunang tu afaf cuma selitkan siket sahaja yaaaa . nah

salam sayang dari afaf , published




Thursday, August 8, 2013

Salam Lebaran .

Salam to my loyal readers :)) Wah awkwardnya nak update belog hari ini . Tak tahu kenapa tapi serius betapa aku sangat rindu nak update blog . Tapi selalu saja tak berkesempatan because of aku jenis yang malas nak on lappy . Alah , Pemalas . Aduh segan sungguh

Okay , first of all Salam Lebaran to all of you . Muka sorang sorang nampak macam ceria , rasa malas nak hadap facebook lama lama because banyak sangat photo raya yang diupload orang . Alahai 
Bahagia betul . 

Cerita Satu Syawal . 

Pagi pagi after solat subuh tak tahu kenapa aku boleh tertido balik , ya allah bangun tu pun sebab adik yang kejutkan . Nak solat raya 
Dalam keadaan baru bangun memang rasa sangat malas nak pergi masjid . Aku bangun , termenung . 
Nak pergi masjid tak , nak pergi ke tak . Tak pergi rugi , setahun sekali

Last last alhamdulillah , Allah pilih aku untuk berada di sana setelah Dua tahun aku tak pergi solat hari raya because of sebab sebab yang tertentu . Tahun ni merasa juga solat raya lagi . Terharu 


Benda yang paling bahagia yang aku rasa adalah aku dapat snap photo family . Whole family , dalam keadaan yang ceria dan suasana yang tidak tegang . Berbeza dengan raya sebelum ni . 
Jujur , aku rindu kan satu family yang bahagia . Bukan aku sahaja , adik beradik yang lain . 
Ya Allah , kalau lah ummi abah tahu . Kami Rindu itu semua 
Apa apa pun , Syukur . Sekarang keadaan semakin pulih , ummi abah jarang salah faham each others , perkara biasa dalam hubungan  . 









Bila tatap satu satu gambar , air mata bagai nak jatuh . Alhamdulillah , aku masih punya ummi abah . Sedangkan masih ramai yang hidup tanpa mak ayah . Memang rasa sedih nak nak pula bila ummi kata 

" Ummi lahirkan anak anak ummi dalam keadaan yang cukup mudah , besar kan anak anak ummi tanpa sebarang masalah . Jodoh anak anak ummi pun mudah . Alhamdulillah , tak lama lagi anak anak ummi dah nak di ambil orang . Semua dah besar , jujur ummi kata . Ummi masih tak puas tatap muka kamu sorang sorang . Masih tak puas jaga kamu lima beradik , Ya allah. Cepatnya masa berlalu "




Selamat Hari Raya , maaf zahir dan batin .









Tuesday, August 6, 2013

Allah itu baik , Dia telah permudahkan

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful 
Alhamdulillah , masih bernafas dan masih boleh tatap muka ummi dan abah . 
Puasa dah nak habis , esok lusa dah raya . Ya Allah , tak sempat khatam Quran . Malu pulak dengan seorang gadis yang ku panggil adik . Hari hari nampak dia baca Quran , even pergi mall nak shopping baju raya sekali pun dia tetap bawa Quran . Kenapa bukan aku ya allah ? Aduh .
Nak raya dah , tapi langsung tak ada rasa because of majlis nikah kak long raya ke empat nanti . Ya , memang lah raya ke empat lama lagi tapi tengok lah rumah kami , masyaAllah . Bersepah dengan barang barang nikah . For sure memang tak ada siapa pun yang boleh jejak rumah ni . Close 

Tadi Zaid call , dia tak cakap banyak . 

Zaid : Afaf , ummi cadangkan kita nikah after final . Thats mean hujung bulan 11 ni . 
Afaf : What ? Ummi yang cadangkan ? 
Zaid : Iya lah , kenapa ? 
Afaf : Eh eh , sempat ke ? Kita nak focus on study lagi , nak prepare for nikah lagi . Zaid , Afaf rasa tak sempat lah . 
Zaid : Siapa kata kita akan uruskan semua  ? Kita tolong sikit sikit je , yang lain serah   kepada family . 
Afaf : Amboi , senangnya . Tapi macam mana Afaf nak bagitahu my whole family yang Afaf dah nak nikah tak lama lagi dah ? Dorang tak akan yakin lah yang Afaf boleh handle myself during study . Nak belajar lagi , fikir pasal rumah tangga lagi . Ya Allah
Zaid : Apa yang membebankan awak sebenarnya . Parents saya okay . Tak ada masalah 
Afaf : Okay , my family sangat pentingkan education . Tak habis belajar lagi mana boleh nikah ? 
Zaid : So that awak nak kata after belajar , nikah then lepas tu dah tak payah belajar dah?
         awak cakap seolah olah tuntut ilmu boleh berhenti kan ? Padahal ianya perlu berterusan . Apa salahnya nikah sambil belajar . 
Afaf : Afaf akan kata okay kalau ummi abah okay . Kalau dorang tak okay nampaknya kita kena pilih date lain yaa
Zaid : Okay , bincang dulu yaa dengan ummi abah 



aku dah macam tak tenang bila zaid cakap macam sure sure kami akan nikah bulan november ni . Ya allah , dekat sangat dah . Macam mana nak prepare semua ? Okay Afaf tarik nafas , hembussss . Huh 
Ya allah , lembut kan lah hati ummi abah . Jika ini semua terbaik untuk aku . Permudah kan lah 


Afaf : Ummi , ateh nak bagitahu yang parents Zaid cadangkan kami nikah hujung 
         bulan 11 ni . Ummi okay tak ?

Ummi pandang aku , dia diam . Ya allah dalam hati ni hanya Tuhan yang tahu , Dup dap dup dap . Aku mula pretend , berlagak seolah olah tenang dengan apa sahaja keputusan ummi . Yakin , itu yang terbaik .

Ummi : Ummi tak kisah , awak kena bincang dengan abah yaa . 

Ummi tak cakap banyak because dia nak bergegas keluar pergi bank . Katanya nak cepat sebab risau bank tutup . 

Saat ummi dan semua orang pergi . Aku stay di rumah , sorang sorang . 
Tiba tiba abah balik , entah dari mana . 

Afaf : Bah , ateh nak bincang kejap . Tapi abah jangan cakap apa apa dulu , ateh cuma nak minta           pendapat .
Abah : Ya , ada apa ? 

tengok lagak abah seolah olah dia tahu apa soalan yang bakal aku ajukan . Belum sempat aku tanya apa apa , dia senyum . entah kenapa 

Afaf : Bah , bila agaknya masa yang sesuai untuk ateh nikah ? Pada pendapat abah lah , ateh tak kisah bila bila , ateh cuma tanya 
Abah : Pada pendapat abah , abah tak kisah dan abah tak halang awak nak nikah awal .  Perlu kepada persediaan  . Dalam masa terdekat pun abah okay , lagipun awak dah ada income sendiri . Tak ada masalah , cuma ingat satu . Pelajaran itu penting 
Afaf : Ya allah , alhamdulillah . Terima Kasih bah

Allahuakbar , senangnya ummi abah bagi greenlight . As long as abah restu aku rasa lega . Sangat lega , sebab restu mereka sangat penting . Biar lah orang luar nak kata apa pasal kawin muda , banyak orang kata aku gatal . Biarkan , mereka tak faham . Nak puaskan hati mereka memang susah . Alhamdulillah


Banyak benda yang aku perlu belajar , seperkara yang aku sedar ialah; perkahwinan bukan semata menyatukan dua insan yang menyayangi antara satu sama lain, menghalalkan apa yang sebelumnya haram, boleh bergurau senda dan duduk bersama dengan pasangan, ianya lebih dari itu.




# aku di uji dalam kegembiraan dan kebahagiaan ini . Ya Allah , permudahkan lah . 
   Sabarkan hatimu saat dilanda gundah gulana. Percaya pada janji Allah, setiap kesulitan itu akan    ada kesenangannya. Dan yang paling penting Allah itu sentiasa ada di setiap sisi kita, setiap        saat! Jangan pernah berpaling tadah dari kasih-Nya dan yang paling penting yakin bahawa          pertolongan Allah akan menyusul.


Before publish , ni haa nak promote jubah baru di Humaira' Collection :) For those yang dah bisa pakai kain crepe tahu lah akan bezanya kain ni dengan yang OTHERS . this one jubah plain 
Kainnya cantik , selesa , ringan , dan senang di iron :) Boleh lah jenguk jenguk Humaira' Collection

Okay done . Published