Sunday, July 21, 2013

Marriage .

 Tahniah afaf , tak lama lagi kau dah nak kawin . Semoga bahagia

Dua tiga minggu ini hanya perkataan itu yang di ungkapkan oleh kebanyakkan orang . Aku hanya mampu lemparkan senyuman .  Dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan gembira , takut , sedih semua ada . Aku pun naik pelik bagaimana isu ini merebak , tak ada sorang pun yang tahu tentang perkara ni. kenapa ? actually, perkara ni kami nak rahsiakan je. Malas laa nak dengar macam2 pendapat orang luar. Al maklumlah manusia ni, ada yang anggap positif, but ada jugak yang anggap negatif. Afaf dengan Zaid rancang nak kawin lama lagi , paling tak pun tunggu dapat diploma. But haritu , Afaf bergurau dengan ummi , Afaf kata " mi , ateh nak kawin . Then ummi kata okay , alah Afaf dengan ummi memang suka bergurau , so that Afaf tak ambil serius sangat pasal itu tapi ada satu malam tu Afaf call abah , mulanya sekadar nak lepaskan rindu tiba tiba masuk part " abah ateh nak kawin boleh ? ateh nak kan hubungan yang halal .Tahu tak abah kata apa ? Dalam nada yang serius dia kata Okay , bagus lah tu . Abah tak akan halang kalau ateh nak kawin awal , benda baik .
Ya allah , bahagia rasanya .  For those yang tak tahu , abah Afaf tu strict orangnya , dia kata A bermakna A lah jawabnya , Bila dia kata B , B lah jawabnya . Tapi kali ni
Semua  dipermudahkan :)   . Sungguh aku tak sangka , aku tak pernah terfikir aku akan berkahwin dalam umur seawal ini . Alhamdulillah , mungkin dah tiba masanya . Siapa aku untuk menghalang benda baik


Kau nak kawin ni duit dah cukup ke ? persiapan macam mana ? 

Ya , duit . Siapa kata dunia hari ini duit tak penting ? Semua perlukan duit . Even nak masuk tandas sekali pun kena pakai duit . Ini kan pula nak kawin
Ada yang tanya , macam mana nak teruskan life after nikah nanti ? Ada duit ke ? Bila dah kawin tak boleh bergantung pada mak ayah lagi tau .

Kami tahu itu , di sebabkan itu kami wujudkan Humaira Collection , di sebabkan itu juga tiap tiap hari kami simpan seringgit sorang demi memenuhkan tabung nikah kami . Nak nikah nya kami ,  Mana mungkin kami membebankan mak ayah kami . InsyaAllah kami cuba untuk tidak menyusahkan mereka
Soal persiapan semuanya kami serah kepada kedua ibu bapa , mereka yang berhak ke atas kami . Lagipun tarikhnya masih belum di tetap kan , masih belum di bincangkan . Bila sampai waktu , aku akan beritahu . Kami hanya merancang tapi perancangan Allah itu jauh lebih baik .





Bersambung...







 















2 comments:

  1. Assalamualaikum... lamanya x dgr kabar afaf..
    dgr2 afaf nak kahwin dah.. rindunya ko afaf,lamanya x jmpa... afaf ape khabr,.? afaf guna no.lma tu lgi ke.?

    ReplyDelete
  2. wslm akak, amboi . dgr dgr yeee , dah tu baca blog afaf mesti lah tahu :) insyaallah . doa doakan yaaa . No tu hilang , sekali dgn enfon hilang . hehe

    ReplyDelete