Sunday, June 2, 2013

Mati .

Jika Tuhanku bertanya pada ku..
Tidak malukah kau bermaksiat pada Ku?

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku..
dan datang padaKu dengan penuh dosa

Bagaimana aku akan jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.

Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui

Dan telah datang padaku sakaratkul maut yang ngeri..
Nah ! siapa sekarang yang mampu melindungiku ?

Aku melihat pada wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku ?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ? 

Celakanya aku ! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku ?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin ?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari penghimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku ?

Maka Ya RABB ? seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya ?

Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunanNYA
Dan yang membimbingku pada kebenaran

Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku..

Dan ringankan(percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..


Jika afaf mati , maafkan afaf kerana tidak memberi khabar berita kerana afaf sendiri tidak tahu saat kematian afaf . Jika afaf mati esok , afaf pasti para readers sekalian tidak akan sedar bahawa afaf telah mati sehinggalah datang seseorang membawa berita kematian afaf ini , mungkin abah , atau mungkin ummi . Entah

Lalu penuh lah wall facebook and twitter afaf dgn kata-kata takziah . Mungkin ada yang akan menangis untuk afaf . Sesungguhnya, afaf tak mengharapkan itu semua. Afaf cuma meminta doa daripada kamu semua . Mungkin waktu itu afaf sedang dihimpit hingga hancur tulang rusuk , mungkin waktu itu afaf sedang dipatuk oleh ular berbisa . Mungkin waktu itu afaf sedang dipukul oleh malaikat dan mungkin juga afaf sedang menikmati keindahan syurga . Afaf pun tak tahu.
Afaf sangat sayangkan blog ini ,tapi afaf pasti akan meninggalkannya. Dan jika ada sedikit manfaat daripada artikel-artikel tulisan afaf , afaf benar-benar mengharapkan kebaikan itu menjadi teman afaf di dalam kubur . Maaf kan afaf atas segala salah dan silap afaf , afaf akui bahawa diri ini lemah dengan segala bisikan syaitan dan terlampau mengikutkan hawa nafsu  . Halal kan segalanya
Sekarang ini syukur adanya ummi abah , adik kakak , sahabat , ada housemate yang baik-baik ,tapi jika afaf mati esok , Hilang lah itu semua . Sendirian

Afaf akan terus menulis hingga afaf meninggal dunia . Jika tiada kabar berita daripada afaf , ketahuilah afaf sudah mendahului kamu untuk ke alam yang lagi satu .
Afaf harapkan kematian yang indah. Amin. Kematian yang diiringi doa yang tidak putus-putus daripada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, kawan-kawan, dan juga orang Islam yang lain. Afaf tak nak kubur afaf gelap. Sedih bukan, hidup tanpa lampu . Tiada cahaya . Afaf sentiasa berharap kematian afaf sentiasa diingati dengan hadiah Al-Fatihah.