Friday, March 29, 2013

Update :')



Bismillahirrahmanirrahim and salam semua :') 

Sibuk sangat dengan alam realiti , alhamdulillah ni ada juga masa jenguk alam maya ni haa. Memandang kan final dah dekat so afaf sibuk sangat hadap buku makan dan tidur :'\ lagi pun susah nak update belog sebab sekarang dah masuk kamsis balik dah -__- Alhamdulillah , hati rasa makin tenang . Sangat sangat tenang :) biarpun ada yang kata afaf ni sengaja nak jauh kan diri . Aish  Bukan sengaja nak menjauh kan diri dari orang ramai tapi jauh di sudut hati yang paling dalam afaf memang perlukan masa untuk sendirian , jauh dari orang orang . Kalau boleh afaf memang nak pergi jauh , sangat jauh tapi sebab sayang nak tinggal kamu semua jadi tak nak pergi lagi lah :) Heee




“ Bestnya, zaman kecik-kecik dulu, lagi seronok macam tu sahaja”
“ alamak, tahun depan dah 20 tahun dah, rasa tua pula”
“ Nanti dah nak sem 3, banyak benda kena fikir”
“ Perjalanan masih jauh dan berliku”
" Dapat JPA ni nak hajatnya nak buat bisnes dengan kawan baik kepada Pengarah PUO "
"Fikir nak kawin lagi " OPsss  

sebelum fikir nak pergi jauh tu nak kena hadap final ni dulu haaa . Aduhai [ urut urut dahi ] final ni afaf tengah cuba sedaya upaya untuk faham math . Untuk pengetahuan readers semua , afaf adalah salah seorang daripada gadis comel yang sangat tak pandai math  -___-   alah camon camon . chill lah sikit :) math je punnn -___-  apa guna beli kalkulator mahal mahal kalau tak pandai tekan and the most thing is mathematics is everything actually kan kan ? Benci mana pun terhadap Math, ia tetap datang melingkari hidup kita       [ ayat untuk sejuk kan hati ] Tipulah kalau kita boleh lari dari math dan apa yang afaf tahu Mathematics paling simple dalam Islam adalah bilangan rakaat dalam solat lima waktu kita. Semasa kita berniat di dalam solat tu kan tentu kita ada sebut Contohnya, Sahaja aku Solat Fardhu Maghrib Tiga Rakaat tunai kerana Allah Taala. See, sungguh dekat kan kita dengan Mathematics. Ok, tu briefing sikit, boleh lah bagitahu your geng surau nanti, kenapa-why-li maza kita kena study Maths? cukup . 
After final exam insyaAllah kalau diizinkan , afaf akan siapkan buku Being Gadis Osem tuu . Haaa , cakap pasal buku mesti korang tak tahu afaf sekarang tengah bertungkus lumus tulis  buku sendiri kan ? Soal boleh jual ke tidak tu tolak tepi dulu sebab afaf menulis cuma sekadar nak isi masa yang ada dan Alhamdulillah syukur sangat sangat sekarang afaf dah siapkan bab aurat dengan cinta # Kak Fara Waheeda sangat membantu afaf dan dia sangat sokong apa yang afaf tengah buat dan moga moga memberi manfaat katanya :) Based on pandangan mereka mereka yang dah baca dorang kata afaf boleh teruskan menulis buku tuuu tapi buat masa sekarang kena stop dulu because saya perlu fokus kepada final dulu . Idea tu banyak tapi tak tahu macam mana nak keluarkan , kadang kadang tu pegang pen setengah jam lepas tu letak balik . Kertas sikit pun tak ada kesan dakwat , sangat lah susah nak bagi ayat yang semua orang boleh faham apa yang kita cuba sampai kan . 

" Menulis itu kan panggilan jiwa , Jangan memaksa agar maknanya tetap ada " 
meowwwww -__- 

 Semalam berkesempatan duduk sama sama dengan kawan lama . Ya Allah banyak sangat cerita mereka . Kita sama cuma kisah kita berbeza :) 
 Benda paling seronok untuk dibincangkan atas dunia ini ialah cinta. Yang bertudung ke, yang berkopiah ke, sama sahaja akan tersenyum-senyum bila bercakap tentang isu ini. Ya Kita bukannya robot. Kita ada perasaan dan cinta ialah salah satu perasaan yang Allah ciptakan, menjadi fitrah dalam diri kita.

" Aku rasa kan bila aku dengan boyfriend aku , aku banyak lalai wey . Banyak tak ingat Tuhan " apa aku nak buat ni ?  [ garu garu kepala ]

Sahabatku sayang : Sebenarnya untuk memilih pasangan hidup, dia tidak hanya akan menjadi teman di dunia ini tetapi di akhirat. Sekiranya di dunia dia memberi masalah, pasti di akhirat dia akan memberi mudharat yang jauh lebih besar :) Afaf ada terbaca bahawa bila kita memiliki pasangan yang mahukan agama bererti kita memiliki sebelah sayap untuk ke langit Hanya tinggal kita untuk mula mengibar-ngibar sebelah sayap lagi untuk menuju ke sana :) indah bukan ? okay enough





Nak cerita sikit dekat sini , sejak dua menjak ni ujian tu selalu ada . Disebabkan perangai afaf ni yang suka berkawan dengan semua orang ada saja mulut yang kata afaf ni hipokrit. Tapi diam , diam sediam diamnya. Syukur sangat setiap kali afaf rasa tak kuat ada saja orang orang baik yang datang dekat afaf , banyak nasihat yang mereka bagi even kami tak kenal each other pun . Terharu dengan sorang akak yang berniqab ni , kami tak kenal sangat tapi tak tahu kenapa dia sangat baik dengan afaf , haritu dia sanggup berjalan beribu ribu batu nak jumpa afaf semata mata nak bagi artikel pasal Fitnah Wanita . Hanya DUA helai kertas sahaja . Kadang kadang rasa macam tak layak sebab afaf ni banyak sangat buat dosa tapi nak cerita sikit yang Allah tu tak zalim . Allah tidak sekali pun berhenti daripada memandang kita dengan pandangan rahmat kerana di sisi-Nya, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Allah memberi masa yang panjang untuk kita berubah. Janjinya jelas . Sekali kita bertaubat dengan taubat yang sebenar, maka di sisi-Nya, kita seperti manusia yang tiada dosa. Dia tak berdendam malah selalu memaafkan :) Allah tu sayang kita , terlalu sayang :') 





  

No comments:

Post a Comment