Friday, March 29, 2013

Update :')



Bismillahirrahmanirrahim and salam semua :') 

Sibuk sangat dengan alam realiti , alhamdulillah ni ada juga masa jenguk alam maya ni haa. Memandang kan final dah dekat so afaf sibuk sangat hadap buku makan dan tidur :'\ lagi pun susah nak update belog sebab sekarang dah masuk kamsis balik dah -__- Alhamdulillah , hati rasa makin tenang . Sangat sangat tenang :) biarpun ada yang kata afaf ni sengaja nak jauh kan diri . Aish  Bukan sengaja nak menjauh kan diri dari orang ramai tapi jauh di sudut hati yang paling dalam afaf memang perlukan masa untuk sendirian , jauh dari orang orang . Kalau boleh afaf memang nak pergi jauh , sangat jauh tapi sebab sayang nak tinggal kamu semua jadi tak nak pergi lagi lah :) Heee




“ Bestnya, zaman kecik-kecik dulu, lagi seronok macam tu sahaja”
“ alamak, tahun depan dah 20 tahun dah, rasa tua pula”
“ Nanti dah nak sem 3, banyak benda kena fikir”
“ Perjalanan masih jauh dan berliku”
" Dapat JPA ni nak hajatnya nak buat bisnes dengan kawan baik kepada Pengarah PUO "
"Fikir nak kawin lagi " OPsss  

sebelum fikir nak pergi jauh tu nak kena hadap final ni dulu haaa . Aduhai [ urut urut dahi ] final ni afaf tengah cuba sedaya upaya untuk faham math . Untuk pengetahuan readers semua , afaf adalah salah seorang daripada gadis comel yang sangat tak pandai math  -___-   alah camon camon . chill lah sikit :) math je punnn -___-  apa guna beli kalkulator mahal mahal kalau tak pandai tekan and the most thing is mathematics is everything actually kan kan ? Benci mana pun terhadap Math, ia tetap datang melingkari hidup kita       [ ayat untuk sejuk kan hati ] Tipulah kalau kita boleh lari dari math dan apa yang afaf tahu Mathematics paling simple dalam Islam adalah bilangan rakaat dalam solat lima waktu kita. Semasa kita berniat di dalam solat tu kan tentu kita ada sebut Contohnya, Sahaja aku Solat Fardhu Maghrib Tiga Rakaat tunai kerana Allah Taala. See, sungguh dekat kan kita dengan Mathematics. Ok, tu briefing sikit, boleh lah bagitahu your geng surau nanti, kenapa-why-li maza kita kena study Maths? cukup . 
After final exam insyaAllah kalau diizinkan , afaf akan siapkan buku Being Gadis Osem tuu . Haaa , cakap pasal buku mesti korang tak tahu afaf sekarang tengah bertungkus lumus tulis  buku sendiri kan ? Soal boleh jual ke tidak tu tolak tepi dulu sebab afaf menulis cuma sekadar nak isi masa yang ada dan Alhamdulillah syukur sangat sangat sekarang afaf dah siapkan bab aurat dengan cinta # Kak Fara Waheeda sangat membantu afaf dan dia sangat sokong apa yang afaf tengah buat dan moga moga memberi manfaat katanya :) Based on pandangan mereka mereka yang dah baca dorang kata afaf boleh teruskan menulis buku tuuu tapi buat masa sekarang kena stop dulu because saya perlu fokus kepada final dulu . Idea tu banyak tapi tak tahu macam mana nak keluarkan , kadang kadang tu pegang pen setengah jam lepas tu letak balik . Kertas sikit pun tak ada kesan dakwat , sangat lah susah nak bagi ayat yang semua orang boleh faham apa yang kita cuba sampai kan . 

" Menulis itu kan panggilan jiwa , Jangan memaksa agar maknanya tetap ada " 
meowwwww -__- 

 Semalam berkesempatan duduk sama sama dengan kawan lama . Ya Allah banyak sangat cerita mereka . Kita sama cuma kisah kita berbeza :) 
 Benda paling seronok untuk dibincangkan atas dunia ini ialah cinta. Yang bertudung ke, yang berkopiah ke, sama sahaja akan tersenyum-senyum bila bercakap tentang isu ini. Ya Kita bukannya robot. Kita ada perasaan dan cinta ialah salah satu perasaan yang Allah ciptakan, menjadi fitrah dalam diri kita.

" Aku rasa kan bila aku dengan boyfriend aku , aku banyak lalai wey . Banyak tak ingat Tuhan " apa aku nak buat ni ?  [ garu garu kepala ]

Sahabatku sayang : Sebenarnya untuk memilih pasangan hidup, dia tidak hanya akan menjadi teman di dunia ini tetapi di akhirat. Sekiranya di dunia dia memberi masalah, pasti di akhirat dia akan memberi mudharat yang jauh lebih besar :) Afaf ada terbaca bahawa bila kita memiliki pasangan yang mahukan agama bererti kita memiliki sebelah sayap untuk ke langit Hanya tinggal kita untuk mula mengibar-ngibar sebelah sayap lagi untuk menuju ke sana :) indah bukan ? okay enough





Nak cerita sikit dekat sini , sejak dua menjak ni ujian tu selalu ada . Disebabkan perangai afaf ni yang suka berkawan dengan semua orang ada saja mulut yang kata afaf ni hipokrit. Tapi diam , diam sediam diamnya. Syukur sangat setiap kali afaf rasa tak kuat ada saja orang orang baik yang datang dekat afaf , banyak nasihat yang mereka bagi even kami tak kenal each other pun . Terharu dengan sorang akak yang berniqab ni , kami tak kenal sangat tapi tak tahu kenapa dia sangat baik dengan afaf , haritu dia sanggup berjalan beribu ribu batu nak jumpa afaf semata mata nak bagi artikel pasal Fitnah Wanita . Hanya DUA helai kertas sahaja . Kadang kadang rasa macam tak layak sebab afaf ni banyak sangat buat dosa tapi nak cerita sikit yang Allah tu tak zalim . Allah tidak sekali pun berhenti daripada memandang kita dengan pandangan rahmat kerana di sisi-Nya, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Allah memberi masa yang panjang untuk kita berubah. Janjinya jelas . Sekali kita bertaubat dengan taubat yang sebenar, maka di sisi-Nya, kita seperti manusia yang tiada dosa. Dia tak berdendam malah selalu memaafkan :) Allah tu sayang kita , terlalu sayang :') 





  

Thursday, March 7, 2013

Salam jumaat #

Bismillahirrahmanirrahim and salam to all my readers :')
Sekarang pukul 12:11 tengahari . Kaum adam tengah sibuk perkenakan baju melayu untuk solat jumaat . Bertambah macho bila kenakan songkok di kepala . Kalau ada yang rasa malas nak pergi masjid tu mohon anda recheck balik hati anda , mungkin perlu direnovate  :')

Jam 5:30 pagi tadi , kaki jejak tanah kelantan . Alhamdullillah , sampai juga aku . Harini pagi pagi lagi siap siap ikut ummi pergi restoran before nak pergi hospital . Sejak sejak berubah ni semua perlu jaga . Nak keluar rumah tu tercari cari baju yang sesuai untuk di pakai   , mana tak nya everybody knows aurat wanita adalah semua kecuali wajahnya dan kedua tapak tangan kan ? Jadi bila aku nak keluar , mesti tengok muka sendiri dalam cermin lama lama , bila nampak diri ni tak tutup aurat dengan baik . Hati rasa bersalah # alhamdulillah Allah sayang , makanya Dia titipkan rasa sebegitu. Aku sedar buat sesuatu perlu dengan niat , Bukan sebab boyfriend tunang atau trend fesyen semata mata :') Hanya kerana Allah , bila Allah dah suruh mesti ada hikmah di sebaliknya kan .



To start something yang new , ianya sukar maka perlu banyak bersabar .

 Okay back to the point , cakap pasal balik kelatey ni aku balik bukan suka suka , bukan sekadar melepaskan rindu pada ummi abah dan adik . Sejujurnya aku kurang sihat . Yaaa aku kurang sihat . Mudah rasa penat , pening dan yang menguat kan aku untuk balik bila aku mula nampak darah . Terkejut sebenarnya . Itu pun aku masih ambil masa yang agak lama untuk bagitahu ummi abah . Khuatir mereka akan risau . Tapi itu semua kan ujian :') hadapi dengan tenang . Bersyukur selagi mana masih lagi boleh menaip dalam belog sendiri # senyum sopan depan lappy .
Terbaca satu artikel seorang ustaz dalam page iluvislam , katanya " jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula kita ni mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa "
Perlu kita ingat , Allah nak didik kita dengan bermacam macam cara . Bersabar lah wahai jiwa . Telan selagi boleh :')
Kadang kadang untuk menjadi tak okay tu okay juga sebab bila kita tak okay , kita akan kembali kepada Allah :) Walaupun perit , percaya lah . itu semua menjadikan kita kuat , bukan saja saja tau Tuhan nak bagi kita ujian , jadi beruntung lah kita:')

Okay aku tak akan take masa yang lama depan belog , too many assignment to complete even sedang mc, too many tasks dengan projek agama nya lagi # urut urut dahi . Semua too many je jadi enough for today's update . Ingat nak update simple sajee tapi alamak -__- 






 



Wednesday, March 6, 2013

Ayat ayat cinta .



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــ


Entah berapa titis air mata yang bercucuran. Setiap kali tangan diangkat selepas solat, saat itu juga hati sebak. Meminta dengan penuh pengharapan.
Letih, penat, lelah dalam berdoa.
Benar. Kita gelojoh. Tamak. Gopoh. Meminta sesuatu yang dirasakan baik untuk kita, sedangkan sebenarnya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita kerana kadang kadang apa yang diberikan sebenarnya lebih baik daripada apa yang kita inginkan :') Kita tidak sedar , jarang sekali kita bersyukur  





 Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


menulis itu panggilan jiwa . Jadi jangan memaksa # agar maknanya tetap ada :') 
mood sekarang tengah rasa nak makan cake tiramisu :') aummmm 

Monday, March 4, 2013

Cerita Hari ini

Jam menunjuk kan pukul 7:31 . Perak dah maghrib | Baru saja lepas azan . Aku masih dekat dapur | Selesai makan burger Otai dengan kak dayah | Now infront lappy . Rindu nak update belog | Yaa rindu sangat # fuh fuh . lappy ni berhabuk

Harini ada taklimat marketing | Sumpah penat dan serius aku tak faham ape pun :') # garu garu kepala | Bukan aku tak nak fokus tapi korang kena lah faham yang aku tengah cuba bagi orang lain faham taklimat tu , kalau aku tak faham tak apa . Cammon lah , kita kena fikir pasal orang lain dulu baru fikir pasal diri sendiri kan kan kan ? :') Wah # nampak sombong pulak .



Tadi dalam Dewan Kuliah tu aku hadap buku nota Lala | Tulis macam macam . Mana tak nya , semua sibuk layan twitter | tweet situ lah retweet sini lah . Macam tak ada benda nak buat , dorang bukan tweet apa pun | Paling tak dorang cuma tweet pasal abang yang bagi taklimat tadi tak ada rambut . Ya dalam bahasa kasarnya botak . Tahu botak ?

Eh eh . Aku pause kejap | Aku nak tunaikan yang wajib dulu :') Lappy letak tepi . Sekarang cari telekung nak solat # Ops lupa ambil wuduk .

 Okay solat sudah :') Dah boleh sambung balik . Haaa


 nota aku titip kan untuk Lala .
 haaa baca baca . Klik pada gambar -__-

Satu benda lagi . Harini kan aku dapat surat , aku pandang surat tu . Aku lipat | Aku buka dan baca lagi benda yang sama aku ulang . Dan aku senyum :') 

# terima kasih untuk semua  . Afaf baik , sangat baik  . Afaf je yang tak nampak . InsyaAllah ada jodoh * Amin :') Kita perbaiki diri kita sama sama . Jadi baik sama sama Jadi soleh jadi solehah | Kita saling tegur menegur | Zaid akan bersabar. Kita jaga hubungan dengan Allah dan insyaAllah...Allah akan jaga hubungan kita yaa .
Haaa , semua nak cerita dalam belog :') 
 "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah"


Sumber gambar : twitter lala

Terima kasih terima kasih terima kasih . Hidup makin baik | Semua baik :') Aku sedar , banyak benda lain yang harus aku fikir . Jujur rindu ummi rindu abah rindu dua orang adik yang dekat rumah tu . Sangat rindu # Terus kan hidup dengan senyuman yang manis  # Ya anugerah Tuhan . syukur alhamdulillah .

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

Perkembangan terbaru # sekarang aku tengah sibuk kan diri untuk jadi gadis yang sopan . Seiring dengan pemakaian * Rasa malu pulak bila orang nampak kita pakai dah elok tapi perangai Masyaallah . Tak boleh di jadi kan teladan  :') 
Aku dah mula sedar # :') Percantik kan diri dengan akhlak yang bagus yaa gadis gadis .