Sunday, February 3, 2013

Bicara Hati .

Sekarang pukul 1:08 am | Suhana keluar dengan mira , mungkin ada kerja | Biha dalam bilik , menangis | Gaduh dengan Harris . Cuma perkara kecil yang di besa besa kan . Kak Dayah pula ke hulu ke hilir , tak tahu apa yang dia sedang cari, ada gaya macam mak hilang anak .
Malam ni aku langsung tak ada niat nak menaip . Sangat malas sebab aku kena siap kan assignment costing dulu . Aku risau kalau kalau tak sempat siap | Banyak kerjaaa sangat rasanya .
Tapi tangan tiba tiba terasa nak gapai lappy . Nak buka belog | nak menaip , Ya . Menaip | 
Jujur aku rindu . 
Banyak benda yang aku nak cakap . Banyak benda yang tak terluah . Aku pendam , semuanya aku simpan . 

Alhamdulillah | Aku sedar , Tuhan sayang kan aku . Sangat sayang kan aku | Dulu masa aku bergelar mahadian , aku banyak main main . Yang aku tahu bila aku masuk sekolah tu aku dengan senang mendabik dada . Sebab orang hormat . Orang pandang tinggi | Bila kenal dengan suasana Ipoh
Aku sedar . Tiada tempat aku nak bergantung . Jarang sangat aku boleh dengar pasal agama . Kalau ada pun time kelas agama | itu pun dua kali seminggu . Kalau tak cancel | Kalau cancel tu lain cerita

Dulu masa sekolah ustazah ada pesan # Masa ni lah awak nak belajar pasal semua benda agama ni . Nanti bila awak dah masuk you . Awak dah tak ada tempat nak bergantung . Semua depend pada diri sendiri , Jaga lah diri elok elok # Awak perlu ingat . Awak perempuan . Yang penting jaga Maruah
Aku diam bila ingat semua benda tu . Aku banyak fikir pasal benda ni | Awal awal aku stalk banyak facebook orang orang yang aku anggap baik . Aku tengok gambar gambar dorang | Comel . Ayu . Terdetik dalam hati , kalau lah aku macam ni . Sejuk nya hati tapi kuat ke aku nak istiqamah # Macam Susah .

Bukan aku tak pernah luah | Pernah. Tapi tak pernah aku terima komen yang membina . Sebab tu aku terus pilih untuk diam . Untuk terus simpan , Aku pun tak tahu sampai bila | Tapi aku tak akan biar kan sampai berulat . Ya | Aku tak akan .
Start daripada situ setiap kali aku buka mukabuku mesti ada orang post pasal nak berubah lah | nak pakai tudung labuh lah | itu lah ini lah . dalam erti kata lain status status yang pelik . Aku anggap pelik sebab kenapa sebelum ni aku tak pernah perasan pun status status macam tu . Ya , sangat pelik | Kenapa sekarang ? 

Aku mula kenal Zaid . Nama yang tak pernah aku mention dalam belog ni | Pernah , tapi dengan panggilan lain | Abang JPP . Zaid Harithah , tu nama dia .  Orang yang sama | Orang yang cukup bermakna untuk aku . Sangat bermakna 
Banyak nasihat yang dia bagi | Satu demi satu . Sampai aku rasa dia memang cuba nak mendera aku | Tapi aku suka . Suka sebab dia sokong niat aku . Ayat ayat dia | aku akan ingat sampai bila bila | Even masa tu aku dah ada anak yang ke Sembilan .Eh banyak nyaaa :')


Tak cukup dengan Zaid selang berapa minggu tak silap , aku mula cari Fieza . Aku tak pasti apa nama sebenar dia | Aku tak kenal sangat . Kami cuma satu kampus  | malah dia kos apa pun aku tak tahu . Tapi aku tahu dia baik | Hati aku sejuk pandang dia . Dia pakai tudung labuh | Dia jaga aurat dia .  
Aku mula minta nombor dia dengan Helwa . Budak kelas aku | Housemate dia . Malam tu jugak aku text dia . Cakap nak jumpa | Ada benda yang aku nak tanya . 
Bukan senang aku nak jumpa dia | Masing masing sibuk . Tapi hari tu aku kebetulan jumpa dia dekat bilik sccd . Lebih kurang macam library . Sebab tempat tu banyak buku  | Satu buku pun aku tak pernah sentuh apatah lagi baca.
Dekat situ lah aku luah semua . Dekat situ lah aku tak dapat tahan air mata dari keluar . | Dari situ dia mula cerita tentang diri dia . Ya , dia dulu pun macam aku . tapi kenapa dia boleh je berubah | Dia cakap yang penting niat . Dia nasihat kan aku supaya berubah tu tak perlu mendadak | Mula mula belajar pakai stokin | inner neck mesti pakai . Mungkin dia nampak masa tu tudung aku jarang . mana tak nya , tudung bawal . Dia bagi aku buku , Untukmu Wanita . Buku tu aku belum habis baca . Masih dalam proses | Aku pun tak perasan sekarang aku dah sampai helaian yang ke berapa | Yang aku tahu aku mula sedar yang Hijab bukan pernyataan “aku sudah baik”, atau “aku tanpa dosa”. Hijab adalah pernyataan sederhana dari “aku ingin taat”.

 # Tatkala hati terdetik untuk memakai tudung labuh , perasaan lain yang datang | silih berganti | aku mengaku aku bimbangkan persepsi orang lain | malu pada diri sendiri kerana aku rasa aku tak layak | Ilmu aku terlalu sikit | Tapi . aku tahu aku kuat 
Walaupun sekarang aku belum sarung kan tudung labuh di kepala tapi setiap kali aku sarungkan tudung . Aku cuba untuk labuh kan:') Aku harap | itu percubaan yang baik

Ya Allah , Jangan lah kau bolak balik kan hati aku setelah Kau beri kan aku Hidayah . Aku bersyukur



Doakan saya juga bakal sesolehahmu . 
Yang ikhlas; Si Gadis Pendek .






No comments:

Post a Comment