Wednesday, February 13, 2013

Haters

Perasaan berat dan kosong datang balik . 
Adakala semua yang berlaku tak seperti yang kita duga .  
Bercakap lah selagi boleh wahai orang yang tidak aku kenal . Aku malas peduli 
Kalau boleh aku nak saja cakap aku benci kau . Bukan sikit tapi banyak 



sila klik untuk besarkan image 
 

Perempuan sundal .
elok lah kau kata macam tu , cerita kononnya yang baik semua kau yang buruk semua aku | Apa kau dapat ? Saat ini bila kau rasa kau patut berhenti merancang | Maka berhenti lah . 
Dah banyak kali sampai satu tahap aku dah tak dapat tahan semua . Annoying sangat ke aku dekat mata kau ? Kalau kau benci aku . Cukup sekadar aku | Tak perlu kau libat kan orang lain | Aku minta dengan senyuman yang manis walaupun Tuhan saja yang tahu hati aku menangis   
Ya . Terima Kasih | Aku doakan karma tak berbalik kepada kau .

Serius aku rasa bodoh sebab biar kan semua ni dan aku tak tahu macam mana nak bertindak . 
Kalau aku di beri peluang untuk kenal kau , aku tak nak . Aku tak nak nampak kau . Aku akan berjalan selaju mungkin . Jauh dari kau


Bila orang ramai tanya | Afaf kau okay . # Ya . aku okay 
Penat sebenarnya nak tipu orang sekeliling ni . Dan lagi penat bila aku perlu tipu diri sendiri 
Hakikatnya orang tak rasa | Mungkin ada yang rasa aku mengada | Semua nak kecoh dalam belog , 
korang tak faham . Tak faham | Sekarang apa lah sangat yang aku boleh buat . 
# Mengeluh panjang | Senyum palsu | dan move on :') Senang kan ? Ya . senang 

Monday, February 11, 2013

Bicara # 2

Holaaa . Assalamualaikum dulu #fuh fuh sapu lappy . Wah dah berhabuk , rasa rasa baru je tinggal berapa hari . Haaa
Harini penat plus pening sangattt . Yeah | Tak terkataaa sungguh . Ikut kan hati tak nak langsung hadap mukabuku twitter and blog of course :') tapi nak buat macam mana | well , korang macam tak kenal akuuu . HAHA 

After asar tadi keluar pergi pantai . Dah lama betul tak pergi sana , last pergi rasaaaanya em em em # urut dahi | Tak nak ingat lah bila .
Ni semua idea angah . Dia yang beria iya nak pergi main air lah konon , Pui . Nak je aku cakap dekat ummi abah tak payah bayar bil air terus . Haaa pindah duduk tepi pantai tu ramai ramai . Kalau nak boleh ajak jiran sekali | Main air sama sama . Baru lah nampak macam satu geng kan kan kan ? 
Haaa . satu keluarga :') 

Dah dah . Bukan itu yang aku nak cerita . Haaa , mari sama sama masuk part ni :') 

Before pergi tadi lah kan aku pegang tudung labuh sambil pandang ummi | Em ummi , ateh nak pakai tudung ni boleh ? * sambil buat muka comel :') | hah ? awak ni betul ke nak pakai tudung ni ? | iyeee . # Tak nak bagi ummi banyak tanya aku terus pergi iron tudung tu . Along angah pandang sambil senyum senyum | double ewww 
Bukan aku tak tahu korang nak mengata lah tuuu . Alah afaf , biar kan biar kan sambil tarik nafas dalam dalam .
Masa dekat pantai ummi dengan angah cakap | bila awak dah pakai macam ni .
Perangai awak tu kena jaga | ramai orang akan judge based on attitude awak . Ingat tu 

Orite ummi angah :') InsyaAllah . 
Biar pun dalam hati aku ada macam macam rasa | Bimbang tak istiqamah . Tapi aku cuba buat macam tak ada apa apa . Tenang | Semuanya akan berjalan lancar .
  
Kalau ada pun manusia yang tak suka dengan aku | Dengan cara aku

bagi aku | aku tak kesah |bila kau hina aku kau keji aku kau kutuk aku | itu semua tidak mengapa
kalau kau rasa perbuatan itu yang boleh buat kau tepuk tangan gembira | buatlah
aku redha | dan aku maafkan semuanya sebab aku sedar aku ada Tuhan | ada ummi abah yang selalu nasihat aku | ada along angah yang bagi aku semangat | ada dua orang adik yang tingkat kan kesabaran aku | ada dia yang tolong tengok tengok kan aku | ada kawan kawan yang selalu ada dengan aku  # Ini sudah cukup bagi aku .  Bersyukur :') 



selamat malam semua :') Camon . Sebelum tidur baca doanya -__- 


   

Sunday, February 3, 2013

Bicara Hati .

Sekarang pukul 1:08 am | Suhana keluar dengan mira , mungkin ada kerja | Biha dalam bilik , menangis | Gaduh dengan Harris . Cuma perkara kecil yang di besa besa kan . Kak Dayah pula ke hulu ke hilir , tak tahu apa yang dia sedang cari, ada gaya macam mak hilang anak .
Malam ni aku langsung tak ada niat nak menaip . Sangat malas sebab aku kena siap kan assignment costing dulu . Aku risau kalau kalau tak sempat siap | Banyak kerjaaa sangat rasanya .
Tapi tangan tiba tiba terasa nak gapai lappy . Nak buka belog | nak menaip , Ya . Menaip | 
Jujur aku rindu . 
Banyak benda yang aku nak cakap . Banyak benda yang tak terluah . Aku pendam , semuanya aku simpan . 

Alhamdulillah | Aku sedar , Tuhan sayang kan aku . Sangat sayang kan aku | Dulu masa aku bergelar mahadian , aku banyak main main . Yang aku tahu bila aku masuk sekolah tu aku dengan senang mendabik dada . Sebab orang hormat . Orang pandang tinggi | Bila kenal dengan suasana Ipoh
Aku sedar . Tiada tempat aku nak bergantung . Jarang sangat aku boleh dengar pasal agama . Kalau ada pun time kelas agama | itu pun dua kali seminggu . Kalau tak cancel | Kalau cancel tu lain cerita

Dulu masa sekolah ustazah ada pesan # Masa ni lah awak nak belajar pasal semua benda agama ni . Nanti bila awak dah masuk you . Awak dah tak ada tempat nak bergantung . Semua depend pada diri sendiri , Jaga lah diri elok elok # Awak perlu ingat . Awak perempuan . Yang penting jaga Maruah
Aku diam bila ingat semua benda tu . Aku banyak fikir pasal benda ni | Awal awal aku stalk banyak facebook orang orang yang aku anggap baik . Aku tengok gambar gambar dorang | Comel . Ayu . Terdetik dalam hati , kalau lah aku macam ni . Sejuk nya hati tapi kuat ke aku nak istiqamah # Macam Susah .

Bukan aku tak pernah luah | Pernah. Tapi tak pernah aku terima komen yang membina . Sebab tu aku terus pilih untuk diam . Untuk terus simpan , Aku pun tak tahu sampai bila | Tapi aku tak akan biar kan sampai berulat . Ya | Aku tak akan .
Start daripada situ setiap kali aku buka mukabuku mesti ada orang post pasal nak berubah lah | nak pakai tudung labuh lah | itu lah ini lah . dalam erti kata lain status status yang pelik . Aku anggap pelik sebab kenapa sebelum ni aku tak pernah perasan pun status status macam tu . Ya , sangat pelik | Kenapa sekarang ? 

Aku mula kenal Zaid . Nama yang tak pernah aku mention dalam belog ni | Pernah , tapi dengan panggilan lain | Abang JPP . Zaid Harithah , tu nama dia .  Orang yang sama | Orang yang cukup bermakna untuk aku . Sangat bermakna 
Banyak nasihat yang dia bagi | Satu demi satu . Sampai aku rasa dia memang cuba nak mendera aku | Tapi aku suka . Suka sebab dia sokong niat aku . Ayat ayat dia | aku akan ingat sampai bila bila | Even masa tu aku dah ada anak yang ke Sembilan .Eh banyak nyaaa :')


Tak cukup dengan Zaid selang berapa minggu tak silap , aku mula cari Fieza . Aku tak pasti apa nama sebenar dia | Aku tak kenal sangat . Kami cuma satu kampus  | malah dia kos apa pun aku tak tahu . Tapi aku tahu dia baik | Hati aku sejuk pandang dia . Dia pakai tudung labuh | Dia jaga aurat dia .  
Aku mula minta nombor dia dengan Helwa . Budak kelas aku | Housemate dia . Malam tu jugak aku text dia . Cakap nak jumpa | Ada benda yang aku nak tanya . 
Bukan senang aku nak jumpa dia | Masing masing sibuk . Tapi hari tu aku kebetulan jumpa dia dekat bilik sccd . Lebih kurang macam library . Sebab tempat tu banyak buku  | Satu buku pun aku tak pernah sentuh apatah lagi baca.
Dekat situ lah aku luah semua . Dekat situ lah aku tak dapat tahan air mata dari keluar . | Dari situ dia mula cerita tentang diri dia . Ya , dia dulu pun macam aku . tapi kenapa dia boleh je berubah | Dia cakap yang penting niat . Dia nasihat kan aku supaya berubah tu tak perlu mendadak | Mula mula belajar pakai stokin | inner neck mesti pakai . Mungkin dia nampak masa tu tudung aku jarang . mana tak nya , tudung bawal . Dia bagi aku buku , Untukmu Wanita . Buku tu aku belum habis baca . Masih dalam proses | Aku pun tak perasan sekarang aku dah sampai helaian yang ke berapa | Yang aku tahu aku mula sedar yang Hijab bukan pernyataan “aku sudah baik”, atau “aku tanpa dosa”. Hijab adalah pernyataan sederhana dari “aku ingin taat”.

 # Tatkala hati terdetik untuk memakai tudung labuh , perasaan lain yang datang | silih berganti | aku mengaku aku bimbangkan persepsi orang lain | malu pada diri sendiri kerana aku rasa aku tak layak | Ilmu aku terlalu sikit | Tapi . aku tahu aku kuat 
Walaupun sekarang aku belum sarung kan tudung labuh di kepala tapi setiap kali aku sarungkan tudung . Aku cuba untuk labuh kan:') Aku harap | itu percubaan yang baik

Ya Allah , Jangan lah kau bolak balik kan hati aku setelah Kau beri kan aku Hidayah . Aku bersyukur



Doakan saya juga bakal sesolehahmu . 
Yang ikhlas; Si Gadis Pendek .






Saturday, February 2, 2013

Marah .

Marah itu datangnya dari syaitan . Dulu bila aku marah aku pilih untuk mengamuk | Benda depan mata kalau boleh semua nak campak | Bila masuk bilik sengaja tutup pintu kuat kuat . Biar satu dunia tahu aku sedang marah | Ya , sangat marah . 
Tapi sekarang lain , aku lebih selesa kalau diam . Diam sediam diamnya | aku cuba tarik nafas panjang panjang sebab aku tahu marah itu bahaya | Kadang kadang marah itu boleh buat kita hilang orang yang kita sayang | Aku tak bersedia untuk itu . Sekarang aku dah mula faham apa yang jadi dengan aku | Semuanya ada hikmah . Ya , tentu ada hikmah | Bila aku dah tak tahan untuk diam . Aku pilih untuk keluar kan air mata | Juga dalam keadaan diam . 

Aku menulis sebab aku suka . Tiada niat untuk minta simpati | Langsung tiada niat . 
Sekarang aku faham kenapa kadang kadang ummi keras hati dengan abah # Sebab luka dia terlampau dalam . Sangat dalam | sujud yang menguatkan aku, sebab aku tahu setiap kali dahi aku sentuh sejadah | Tuhan dengar setiap rintihan hati aku | Tuhan tahu betapa sakit nya aku | Tuhan tahu sebenarnya aku masih ada kekuatan | ya , aku kuat . 



 syaitan itu . Jika kamu kalah, mereka bersorak gembira

2 Tahun lagi ? Tengok lah kalau saya masih sayang awak  . Oh okay
# aku tahu tanda Allah masih sayang adalah hadir seseorang untuk mengingat kan . 



Friday, February 1, 2013

Update :')

Assalamualaikum dan selamat malam :') Susah betul nak ada masa untuk update belog | Banyak kerjaaaaa
Okay esok dah hari sabtu dah | Tinggal berapa hari saja lagi nak balik cuti raya cinaaaa . Sukaaaaaa
Minggu lepas balik tak sempat nak tengok muka ummi lama lama -__- Mana tak nya | Seminggu dia pergi jenguk nenek . Nenek kurang sihat katanya

Harini hari jumaat | Esok ni kena pergi kursus roti canai . Nak tak nak je pergi tapi bak kata lecture peluang cuma datang sekali | Mana tahu nanti dah tua boleh buka kedai roti canai sendiri . Roti Canai Afaf , HAHA pelik nama tu | Okay dah dah . Sambung mimpi malam karang | abang JPP dah balik dari kursus | Bukan aku rindu cuma alah aku saja saja nak mention nama dia dalam belog ni . Kenapa dah tak boleh keeee ?
Duhai gadis gadis , Tak payah nak admire abang JPP tu sangat lah | Kalau korang nak tahu dia cuma seorang lelaki yang mudah perasan bila notti facebook dia ada lebih daripada 160 . Alah lelaki | Berlagak :')
 * For sure dia marah bila baca semua ni | Jatuh lah saham dia . Haaaa :')

Harini ada test :') Teruk sangat . Entah soalan jenis apa | AKU TAK DAPAT BUAT . faham ?
TAK DAPAT BUAT . One hour aku asyik pandang dinding | Saja tengok tengok . Mana tahu kot kot ada cicak -__-

Kejap kejap | Harini dapat surat :')
Bunyinya macam ni # Maafkan lah bila hati tak sempurna mencintaimu | Dalam dadaku harap hanya dirimu yang bertakhta .

Saya sayang awak . HAHA | Meowwwww .

Yang ikhlas : Budak gemuk .