Sunday, January 13, 2013

Kawan memang selalu begini :')




Holla mama mia ciki lala ciki bum :') semua sehat ? orite , intro tak payah nak panjang panjang sangat lah kan -__- Okay sekarang tengah buat assignment costing sambil sambil layan lagu Aku Datang by Tomok ost Istanbul Aku Datangi | perh cerita yang paling best yang pernah aku tengok even cuma tengok dalam ceritamaster | Tak macam korang , siap pergi panggung lagi . Tak payah nak tengok skrin besa besa sangat lah . 

Okay act aku tak tahan nak gelak . Dua tiga hari ni aku ada krisis dengan Sue , I mean Suhana .  Kenal ? Oh tak kenal eh ? Alaa budak yang beratnya mencecah 50 kg tu . Haaa , sure kena marah nanti :') shhh , Diam 

Kitorang start tarik muka after aku balik hospital haritu . Alah korang semua tak tahu yang aku pengsan haritu kan kan kan . Jangan nak tanya kenapa | Aku pun tak tahuuuuu . Semua gelabah . Okay nampak sangat korang sayang aku . Haaa tu lah selama ni masing masing tak nak mengaku . Alah ego lah tuwww . Meoww . HAHA 

Dua hari kitorang langsung tak bercakap . Kau buat hal kau aku buat hal aku , tapi dalam hati ni Tuhan saja lah yang tahu | Alahai rinduuu :'( 

Nak di jadikan cerita | Harini ada pasar malam dekat area sini . Dorang semua tanya aku nak makan ape | Alah korang tak payah belikan pape , aku tak nak makan . Aku kenyang dan aku tak lapar . Ya , Dorang risau takut aku sakit lagi tapi Sue boleh keluar bilik macam tu je . Dia buat tak tahu , aku dah biasa dan dia memang suka tunjukkan sayang dia kat aku dengan cara yang macam tu . Nampak macam harsh kan dekat situ tapi aku suka :')

After si Sue tu balik dari Pasar dia terus masuk bilik then keluar lah watak Biha . | Afaf , Sue belikan nasi kerabu , dia suruh kau makan . Aku pandang Biha | Biha pandang aku | Sama sama senyum cuma beza senyuman aku dengan Biha adalah aku tak ada pakai gigi besi -___- so im not making fake smiling :') jangan cepat marah Biha , Kau nampak comel dengan gigi besi kau

Okay back to the point | Aku buat tak tahu je dengan nasi yang Sue beli , haa . nampak tak permainan aku kat situ ? Okay korang tak nampak . Takpe takpe aku faham :') 
Dia suruh aku makan tapi aku buat tak tahu . Sengaja pasang lagu kuat kuat padahal telinga dah rasa macam nak pecah . Alah tahan lah kejap -__- 
Aku pandang Sue , dekat tangan dia ada nasi yang dia belikan untuk aku . Aish kenapa dia berjalan nak pergi dekat tong sampah . Ei ni dah melampau sampai kan nak buang nasi | Dah jadi kes membazir dah , Aku tak nak ada nasi menangis dekat area rumah akuu . Semua tu buat aku susah nak tidur malam .  Ah seram 

Sue , kau tak payah lah buang nasi aku . Nanti aku makan lah | Ei , aku buat muka then terus ambil nasi tu dari tangan dia . * Okay aku nampak dia senyum . 

Aku letak nasi sebelah aku . Layan lagu sambil chatting dengan sorang calon JPP ni . amboi , HAHA perlu ke aku mention calon JPP dekat situ . Alah tak pe lah yee :') 
Sue tak habis habis suruh aku makan . Alah kalau nak sangat aku makan kau tolong suapkan :') okay aku nampak manja sangat masa tu . meoww HAHA  

Dia apa lagi | sanggup turun kan ego dia semata mata nak suruh aku makan . Mungkin sebab dia tak nak aku pengsan lagi | Dia kata aku berat sangat masa dia angkat akuu time pengsan haritu . Haa kau baru tahu aku banyak lemak . Ni semua sebab cadbury Tobblerone dan kinderbueno dekat 7e tu -__-
Okay kau sayang aku . Aku pun sayang kau . Haaa aku nampak ada orang jealous | Okay saya pun sayang awak jugak . Haaa , maluuu -__- * tutup muka dengan bantal

Dah panjang sangat dah ni menaip | Aku dah mula lupa dengan assignment aku .  

Terima kasih hanya dua kata tapi cukup bermakna | Maaf itu satu kata tapi cukup buat aku rasa lega



Letak gambar ni nampak muka suci gila :') 


Haaa , muka buruk *

Haaa , awak tu dah dah lah main game fifa | Saya dah siap berbelog . Jom mesej


No comments:

Post a Comment