Sunday, January 13, 2013

Kawan memang selalu begini :')




Holla mama mia ciki lala ciki bum :') semua sehat ? orite , intro tak payah nak panjang panjang sangat lah kan -__- Okay sekarang tengah buat assignment costing sambil sambil layan lagu Aku Datang by Tomok ost Istanbul Aku Datangi | perh cerita yang paling best yang pernah aku tengok even cuma tengok dalam ceritamaster | Tak macam korang , siap pergi panggung lagi . Tak payah nak tengok skrin besa besa sangat lah . 

Okay act aku tak tahan nak gelak . Dua tiga hari ni aku ada krisis dengan Sue , I mean Suhana .  Kenal ? Oh tak kenal eh ? Alaa budak yang beratnya mencecah 50 kg tu . Haaa , sure kena marah nanti :') shhh , Diam 

Kitorang start tarik muka after aku balik hospital haritu . Alah korang semua tak tahu yang aku pengsan haritu kan kan kan . Jangan nak tanya kenapa | Aku pun tak tahuuuuu . Semua gelabah . Okay nampak sangat korang sayang aku . Haaa tu lah selama ni masing masing tak nak mengaku . Alah ego lah tuwww . Meoww . HAHA 

Dua hari kitorang langsung tak bercakap . Kau buat hal kau aku buat hal aku , tapi dalam hati ni Tuhan saja lah yang tahu | Alahai rinduuu :'( 

Nak di jadikan cerita | Harini ada pasar malam dekat area sini . Dorang semua tanya aku nak makan ape | Alah korang tak payah belikan pape , aku tak nak makan . Aku kenyang dan aku tak lapar . Ya , Dorang risau takut aku sakit lagi tapi Sue boleh keluar bilik macam tu je . Dia buat tak tahu , aku dah biasa dan dia memang suka tunjukkan sayang dia kat aku dengan cara yang macam tu . Nampak macam harsh kan dekat situ tapi aku suka :')

After si Sue tu balik dari Pasar dia terus masuk bilik then keluar lah watak Biha . | Afaf , Sue belikan nasi kerabu , dia suruh kau makan . Aku pandang Biha | Biha pandang aku | Sama sama senyum cuma beza senyuman aku dengan Biha adalah aku tak ada pakai gigi besi -___- so im not making fake smiling :') jangan cepat marah Biha , Kau nampak comel dengan gigi besi kau

Okay back to the point | Aku buat tak tahu je dengan nasi yang Sue beli , haa . nampak tak permainan aku kat situ ? Okay korang tak nampak . Takpe takpe aku faham :') 
Dia suruh aku makan tapi aku buat tak tahu . Sengaja pasang lagu kuat kuat padahal telinga dah rasa macam nak pecah . Alah tahan lah kejap -__- 
Aku pandang Sue , dekat tangan dia ada nasi yang dia belikan untuk aku . Aish kenapa dia berjalan nak pergi dekat tong sampah . Ei ni dah melampau sampai kan nak buang nasi | Dah jadi kes membazir dah , Aku tak nak ada nasi menangis dekat area rumah akuu . Semua tu buat aku susah nak tidur malam .  Ah seram 

Sue , kau tak payah lah buang nasi aku . Nanti aku makan lah | Ei , aku buat muka then terus ambil nasi tu dari tangan dia . * Okay aku nampak dia senyum . 

Aku letak nasi sebelah aku . Layan lagu sambil chatting dengan sorang calon JPP ni . amboi , HAHA perlu ke aku mention calon JPP dekat situ . Alah tak pe lah yee :') 
Sue tak habis habis suruh aku makan . Alah kalau nak sangat aku makan kau tolong suapkan :') okay aku nampak manja sangat masa tu . meoww HAHA  

Dia apa lagi | sanggup turun kan ego dia semata mata nak suruh aku makan . Mungkin sebab dia tak nak aku pengsan lagi | Dia kata aku berat sangat masa dia angkat akuu time pengsan haritu . Haa kau baru tahu aku banyak lemak . Ni semua sebab cadbury Tobblerone dan kinderbueno dekat 7e tu -__-
Okay kau sayang aku . Aku pun sayang kau . Haaa aku nampak ada orang jealous | Okay saya pun sayang awak jugak . Haaa , maluuu -__- * tutup muka dengan bantal

Dah panjang sangat dah ni menaip | Aku dah mula lupa dengan assignment aku .  

Terima kasih hanya dua kata tapi cukup bermakna | Maaf itu satu kata tapi cukup buat aku rasa lega



Letak gambar ni nampak muka suci gila :') 


Haaa , muka buruk *

Haaa , awak tu dah dah lah main game fifa | Saya dah siap berbelog . Jom mesej


Saturday, January 12, 2013

Cuba Bertahan :')

Awak.
Ya.Awak yang tengah baca ni.
Saya tahu,jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang terlukis terang.
Namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.
Tapi saya percaya di sebaliknya,
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA.
sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama Pencipta




Kadang kadang orang salah menilai kita | Jangan marah kerana meraka cuma tidak mengerti siapa kita :') Bersabarlah 

Thursday, January 10, 2013

Be strong because you are strong :')

Kau nampak je aku macam ni ,
sebenarnya aku adalah orang yang sering tidak bersyukur.
Kau nampak je aku macam ni ,
sebenarnya aku lah orang yang cepat berputus asa.
Kau nampak je aku macam ni ,
sebenarnya aku adalah orang yang paling lalai dalam amal ibadat .
Kau nampak je aku macam ni ,
sebenarnya aku lah orang yang paling mudah menilai orang lain.
Kau nampak je aku macam ni ,
sebenarnya aku orang yang paling lemah iman .
Kau nampak je aku macam ni
sebenarnya aku orang yang paling lancang berkata-kata.
Namun itulah sebabnya aku begini,
Aku masih berusaha untuk menjadi yang terbaik .
Dan sebenarnya mungkin ada banyak benda yang tak terungkap | lebih baik tersimpan tak diluah ,
kerana mungkin ada hikmah dan sebab .
Allah menjadikan ia sukar untuk diluahkan.

Bersabar lah wahai hati | Allah tahu bila masanya untukmu :') 




 

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis? 

Kerana wanita itu diciptakan sebagai makhluk istimewa  

suka duka kita yang akan menjadi rahsia antara kita dan Dia . I'll see you when Allah let me :')


Friday, January 4, 2013

monolog diri .

 Buka mata dah pukul Tujuh Setengah Pagi . Kak dayah kejut kan pukul Enam Setengah tadi bangun kejap pastu terus tido balik . Tabiat yang susah nak ubah kecuali bila dah
kawin . HAHA wey wey .
Kau tahu tak,sebenarnya hati aku menolak ketika fitrah cinta datang sebab aku tahu bahawa dia bukanlah kau | Jadi dengan semampu aku , aku berusaha menjaga seluruh hati dan jantung ini, supaya aku tak jatuh hati dengan orang lain selain kau walaupun aku tahu selama ni dah bertahun tahun aku bercinta dengan orang yang salah .
Untuk apa aku membuang waktu memikirkan seseorang,bila suatu saat dia belum tentu menjadi mahram aku ? Untuk apa aku membiarkan pandangan aku kepada seseorang,bila suatu saat dia belum tentu menjadi suami aku?Untuk apa aku membebaskan diri aku untuk menyentuh seseorang,bila suatu saat nanti dia bukan diri aku yg kelak menjadi Imam aku?
Aku cintakan kau ,aku tak akan mampu memberikan kau hati yang bekas,sedangkan Allah telah menyiapkan untuk aku pasangan terbaik iaitu kau …
Walaupun,aku belum pernah tahu siapa sebab hanya nikah yang akan mengungkap semuanya. Wah cakap macam esok lusa nak kawin :') tapi bila fikir fikir balik , dunia hari ni makin lambat orang kawin kan kan | Korang kalau dah cukup duit tu kawin lah cepat . Korang tak tahu ke dulu remaja paras aku sekarang ni dah ada anak  yang ke Tiga dah . Haaa , korang ape tahu . Aku tahu lah -___- 





Hati aku ini  belajar mencintai kau sejak aku clash hari tu . Yelah , mana tak nya | aku silap pilih orang lain . Aku sedang belajar supaya tak buat lagi :')  

Bersabarlah wahai hati ya :') dengan kesabaran yang baik dalam penantian kau sebelum jumpa aku . Atau kita dah pernah jumpa sebelum ni cuma kita tak tahu yang kita adalah jodoh :') kan kan kan ? jaga mata kau . Ini tak , gadis dahi licin cakap hai sikit dah tercungap cungap . Alah , aku tak jeles -___- wuuu . Dorang bukan sape sape pun . Aku ni haaa yang akan jadi isteri kau even aku tak tahu kau tu sape . Yang pasti aku akan tunjuk entry ni pada kau bila kita nikah nanti .
Tunduk malu *. Hee wujud lagi ke belog ni masa tu *

Jaga semua yang kau ada kerana aku akan sedaya upaya menjaga diri aku :') 

Okay settle | aku rasa bisnes math susah wooo . Sebab tu aku rasa nak kawin , Kalau fahrin ahmad masuk meminang , esok jugak aku kawin :') meoww  




Wednesday, January 2, 2013

Sila baca . Alah baca lah kejap :')

Holla ciki lala cikeboom | sengih sengih :') .. dah lama tak jenguk belog sendiri . Sibuk usha belog orang lain sampai belog sendiri pun nampak agak serabai . Masih belum terlambat untuk kata selamat tahun baru kan ? :') Azam tahun ni aku nak tahan diri daripada bercinta . Nampak comel tak aku ada azam macam tu ? -__- Jujur aku kata aku rasa macam gelabah semacam je sejak jejak sem dua ni tapi senang hati because i have a great friends here yang boleh terima aku | susah orang nak terima perangai aku yang immatured and mengada of course . Tahun ni aku dah mula rasa tua tapi masih tetap dengan kecomelan yang tersendiri :') Okay tak kisah nak puji diri sendiri tapi kena cover . Alah aku cuma tak nak hipokrit | Aku kata based on apa yang aku rasa . Eh korang tak rasa yang korang lawa ? Alah tipu semata mata  -__- We are great and beautiful jadi kadang kadang cuba lah bangga sikit . Tak bersyukur ke ?  Hidup akan jadi complicated bila kita tak pandai nak handdle :') boleh terima ? 
dalam erti kata lain * Jangan sampai jadi riak . faham riak ? riak tu alah riak lah . Cammon cammon | Cuba lah faham .

Hari ni dah 2 Januari tahun 2013 .. bersyukur and thank GOD sangat sampai hari ini aku masih bernyawa dan masih mampu buka mata untuk tengok orang yang aku sayang :') im not gonna post too much sebab sekarang ni waktu magrib dan aku masih lagi dalam keadaan yang busuk -__- Okay aku malas nak mandi lagi ..
Aku sebenarnya sekadar nak share dan nak berterima kasih juga untuk someone yang dah tegur aku . Dia lelaki for sure |  Mungkin itu sekadar satu teguran yang agak simple tapi memang agak berkesan untuk aku dan aku take serious benda tu . Ya , dia suruh aku jaga cara pemakaian aku . Alah dalam hati * teruk sangat ke pemakaian aku atau mungkin kadang kadang pemakaian aku lari daripada ciri ciri seorang gadis yang ayu -__- meoww .  Tapi sumpah aku tak terasa langsung bila dia tegur aku even dia berani kata yang aku mengada . Tak tahu kenapa atau mungkin aku suka dia * Okay aku mula rasa malu . Okay dekat sini aku nak tekan kan | aku bukan dengar nasihat tu semata mata lelaki yang tegur aku | yelah korang mesti ada fikir * alah perempuan ni lelaki tegur sikit pun dah sibuk nak cerita dalam blog . Okay cuma aku rasa dia agak jujur dan berani of course | Korang tak rasa macam tu ?
Starting dari situ i've started put a dream , impian untuk jadi someone yang lebih baik . Much better than girl that i've being before . * Mana tak nya | Siapa yang tak nak jadi baik kan lagi lagi nak nikah dengan orang baik baik :') Okay nampak macam tinggi je impian aku :') Takpe | itu doa .


 



ah , tiba tiba rindu zaman teater dulu kala


Okay | Aku rasa enough . Bila mula menaip aku rasa tak nak berhenti ...