Tuesday, June 26, 2012

taufik dan hidayah .

assalamualaikum -__- 
aku bet korang mesti rindu aku kan ? okay tak .
based on entry aku yang minggu lepas aku ada post pasal aurat kan ? 
aku rasa cara tu ada yang tak kena lah , i mean agak pelik bila kita kata orang yang tak pakai tudung dah kompem kompem masuk neraka . * agak kasar kan ? 
biarpun ayat tu memang dah banyak orang guna pakai tapi bila aku tilik tilik balik rasa macam 
* eh tok leh guno ayat gini nih * 
jadi aku mula start journey aku . intai intai pendapat orang lain and aku rasa aku jumpa apa yang aku nak . 

 let me tell you about perempuan freehair tetapi baik. Ramai orang judge pasal freehair and such things termasuk aku. Cohtohnya macam aku post hari tu “Kau freehair, confirm-confirm ah masuk neraka.”. Actually, kata kita atau aku tak ada hak untuk kata seseorang tu sure akan masuk neraka ataupun tidak kecualilah dia melakukan dosa seperti syirik, bunuh diri, murtad dan sebagainya.

nama saya fasha sandha , saya freehair tapi saya suka tolong orang



Tapi, korang yang freehair juga kena tahu yang even solat semata-mata tak akan ubah apa-apa.
 “Solat je tak bermaksud apa-apa.” Dalam point ni, maksud yang aku nak sampaikan adalah even kau solat, tapi kalau buat benda haram yang lain yang boleh mendatangkan dosa yang lagi besar, apa gunanya? kan . 


sebenarnya Allah dah lama bagi hidayah kat kita. contoh bila artis jwab soalan wartawan bila nk bertudung, mesti dorang bagi jwapan : "tak dapat hidayah lagi". okay then.kita bagi satu situasi: Fasha sandha tengah tunggu bas melihat orang kat sebelah dia pakai tudung. mungkin dia berasa malu dengan perempuan bertudung itu, atau mungkin juga dia tak rasa apa apa.. nampak perempuan b'tdung+ malu = sudah di kira sebagai hidayah.tuhan dah tunjuk depan mata dia supaya menutup aurat. namun persoalannnya adakah fasha sandha tu rasa malu lantas terus ke kedai tudung mencari tudung untuk menutup kepalanya? itulah yg dinamakan taufik; kekuatan untuk mendapatkan hidayah.mungkin fasha sandha  berkata dlm hatinya." hmm, tnggu la bila i dah betul betul bersedia nanti" itu dapat di simpulkan bahawa dia sudah dapat hidayah, tapi tiada taufik. hidayah saja tidak cukup. taufik juga perlu ada.so bila orang bagi jawapan belum dapat hidayah la apa apa tah suma tu excuse.Tuhan sentiasa bagi hidayah kat hamba2-Nya.terpulang dekat hambanya2-Nya utk trima hidayah tu atau tak.Kalau kau dah dapat hidayah pun tapi kau buat tak tahu sambil sambil jalan masuk 7Eleven semata mata nak beli cadbury tak ada guna jugak .
Dalam erti kata lain kau tak pedulikan hidayah yang Tuhan bagi dekat kau.
jadi marila kita berdoa supaya mendapat taufik dan hidayah dari-Nya. :) 

kau ragu sebab kau takut ketinggalan zaman kan ?
orang pakai legging kau pun nak try kan? 

 percaya atau tidak anda anda yang kiut lagi miut, lelaki sekarang banyak yang bila nak kawin sibuk nak cari perempuan yang menutup aurat even sebelum ini dorang bercinta dengan awek yang seksi gila kan? 
mana tak nya kalau dorang bawak balik korang yang seksi ni jumpa mak bapak dorang dah sah sah korang akan kena reject biapun korang adalah seorang yang jelita -_- 


bertudung lah walaupun tidak ikhlas kerana menutup aurat itu adalah wajib . Korang ikhlas ke tak bergantung atas diri korang sendiri :)

Tuesday, June 12, 2012

Dah ready ke kalau kahwin awal

assalamualaikum -__-
best ke kalau kawin awal ? tetibe cakap pasal ni sebab sejak dua menjak ni 
Ana Bisikan Rahsia asyik mintak dengan ummi dan abah nak kawin . umur dia 21 dan bagi aku normal lah kalau nak kawin tapi bagi along kawin dulu yee angah -__-

mungkin dia rasa sebab nak nampak macam awet muda kot bila anak dah besa besa atau sebab kawin awal ni kan subur , nanti boleh dapat anak banyak banyak 
( comfirm aku kena marah bila dia bukak blog aku biapun aku rasa dia tak pernah bukak pun ) 

tapi bagi aku kawin awal ni banyak cabarannya , ( cakap macam orang dah ada anak 9 tapi suami entah ke mana ) -__-
lebih lebih lagi kalau pasangan tu dua dua masih muda . yelah mana tak  nye , nak kena ada financial backup sebab nanti kalau dah ada anak , banyak benda nak kena belanja. kalau kau nak masuk meminang anak orang pun mesti orang tua dia tengok kau kerja apa , keturunan yang macam mana ,  baik ke tak kau ni , kalau dah kau tak cukup syarat gerenti kau akan ditolak mentah mentah , malu kan ? -__- 
tapi kalau dah couple tu sampai buat maksiat , aku rasa korang kawin lah cepat cepat yee
sebab everything halal ba'da nikah :))
korang nak sentuh sentuh pun orang dah tak kisah dah masa tu .
dan aku pernah tengok dekat portal rasmi fatwa malaysia yang dia kata ; Boleh kalau kawin muda apabila didapati perbelanjaannya mencukupi dan ianya juga berhajat kepada perkahwinan . 



 and i miss you too -__-



aku perasan zaman dulu kalau ada pasangan kawin awal tak timbul apa apa masalah pun kan , tapi zaman sekarang bila ada yang nak kawin awal bermacam macam andaian yang orang buat, andaian yang buruk buruk pulak tuu . Haishhh 

kawin awal tanggungjawab dia berat owh . aku tak nafikan 
( sebab tu kot aku tak rasa nak kawin lagi ) 
umur aku baru 18 tapi dah bajet macam esok lusa dah nak kawin -__-
 * aku rasa normal lah tu kan ? 
korang rasa macam mana ? 

ini tips untuk angah : 
jadi angah , kalau anda nak kawin awal anda kena yakinkan ummi abah dan orang-orang terdekat     ( espeacially along yang risau sangat kau akan naik pelamin dengan dia nanti ) bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim noktah 
tapi , dah ready ke kau ? eh . aku rasa kau langsung pandai tak pandai masak -__-
sanggup ke laki kau makan telur hari hari. 



Nabi Muhammad s.a.w bersabda ; 
" Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah "


suami aku mestilah seorang yang matang dan aku percaya mertua aku adalah orang yang baik -__-