Thursday, June 25, 2015

mummy to be :D

assalamualaikum and hai 
Lama sungguh menyepi since aku updated pasal orang ketiga haritu . Benci betul nak buka blog , bukan saja adik aku malah sepupu sepapat pun turut gelak sama dengan cerita bodoh aku yang perasan mengandung sorang sorang . But alhamdulillah , memang perancangan Allah itu lebih baik , Dia bagi aku rasa nikmat mengandung pada waktu yang sesuai . Waktu aku dah nak habis belajar and alhamdulillah aku berjaya jawab fianl exam walaupun dalam keadaan pening dan nak muntah , sebenarnya masa morning sickness tu serius aku rasa macam nak mati sebab semua benda aku tak boleh nak telan sampai my weight turun sampai 8kg . Makin kecik je aku masa tu , family aku pun cakap muka aku pucat macam orang sakit . Nasib baik , Allah bagi aku rasa morning sicness tu tak lama . Sekejap je , tak sampai sebulan rasanya . Paling nikmat bila first time aku dapat rasa baby tendang tendang dalam perut . Ya allah , Engkau je yang tahu perasaan aku masa tu , bahagia rasa nak lompat guling guling sambil makan aiskrim . Alhamdulillah , sekarang dia sangatlah aktif sampai kadang kadang aku tak boleh tidur malam , bila buka bacaan quran dalam henfon baru dia diam. 

Actually you all jangan terkejut kalau aku kata ramai yang tak perasan dan tak tahu langsung aku dah berisi sekarang . Haaa itu orang tua tua kata tak elok kan kalau heboh heboh masa awal awal kandungan , so aku diamkan saja a few month . Macam menyepi dalam gua  

Sekarang dah nak masuk 6 bulan usia kandungan aku . For sure aku rasa seronok sangat , especially my husband . Rasa berhabuk mata setiap kali my husband nak tidur and dia ketuk ketuk perut aku then he said " yeay tak lama lagi kita nak ada baby , baby nanti tido dengan daddy okay ! . " Setiap kali dia cakap macam tu aku memang pandang dia macam nak cari gaduh je , then mulalah dia kata " ah sayang memang dengki hubungan baik abang dengan baby . " Haaa anak kita . sama sama jaga insyaallah 

Last week pergi scan dekat klinik samudera dekat gombak , alhamdulillah . Baby membesar dengan baik , aku malas nak berharap baby boy atau girl . Dapat mengandung almost 2 years nikah ni pun dah syukur alhamdulillah . Aku tak minta banyak melainkan mudah mudahan aku bersalin dengan mudah dan selamat . Anak ummi pun insyaallah sempurna . Amin 

Thursday, June 19, 2014

Orang ketiga #

Assalamualaikum and hi all 

Alhamdulillah diberi peluang untuk jari jemari ini menari menaip entry belog yang cukup panjang insyaallah . Kalau sanggup boleh teruskan dan kalau tak mampu nak tahan mata you alls boleh shut down and then pergi main bola tak pun tido ataupun main guli . Okay seperti yang anda semua tahu afaf adalah gadis yang telah mendirikan rumah tangga bersama suami zaid harithah pada usia 19 tahun . And its been 6 month already . 

6 month baru lagi kan . So bak kata orang enjoy lah dulu dengan suami sebelum ada anak yang ramai kan you guys ? 

One day . Tiba tiba lah kan tekak afaf memang selalu rasa loya , rasa pening and adalah nampak macam tanda tanda orang pregnant kan . One week berlalu macam gitu saja and then bila one day dapat call by adik and dia bagitahu abah afaf masuk wad sebab tekanan darah dia tiba tiba tinggi dan of couse harus lah duduk dalam hospital tu until darah tu turun balik kan . 

Keesokkannya pulanglah diriku ke kampung halaman jenguk keadaan abah . 
Jumpa abah and then abah bagitahu dengan muka yang sangat bersungguh sampai matanya terbeliak 

" eh abah mimpi ateh mengandung " 

You guys boleh bayang tak muka dia macam mana , ya allah . gulp 

and then dalam hati eh betul ke ? rasa berdebar tapi jelas tersenyum sorang . 

memang masa tu ada kemungkinan lah kan afaf preggy sebab rasanya one month and lebih lebih sikit tak datang bulan .

afaf tak kisah . alhamdulillah kalau mengandung sebab memang hati dah rasa teringin nak ada anak sendiri and also alhamdulillah kalau tak mengandung sebab afaf risau juga kesihatan if i have a hectic life during study kan .

Satu malam tu , afaf bangun malam . Ya allah kalau betul aku mengandung kau tunjukkan lah tanda tandanya wahai allah agar aku tidak tertanya tanya . 
And then malam tu afaf memang mimpi baby . Dua malam berturut turut mimpi baby , subhanallah 
afaf tak pasti sebab mimpi ni pun ada yang datang dari syaitan juga. Afaf hanya mampu doa 

Dua hari lepas tu afaf beriya iya pergi cari pregnancy test dekat watsons tau . Beli satu 
bawa balik rumah terus masuk tandas test . 
Hasilnyaaa tadaaaa . Negative 

punya lah tak puas hati . nak juga hasilnya positive dua hari lepas tu afaf pergi beli lagi . 
Pun negative juga . Hampa sebab memang harap harap dalam rahim afaf ada suatu yang berharga . 

And then one day bila keluar dengan husband afaf pergi post order customer afaf beli lagi satu tau . Sebab masih tak puas hati . Teruk betul afaf sampai husband afaf geleng geleng kepala sebab dia rasa afaf ni macam dah berangan lah . Ia satu perasaan yang tak mengandung tapi rasa mengandung . 

Pun negative . 


One week afaf malas nak fikir pasal pregnant ke apa , biar je sebab dah rasa kecewa dengan hasil test tu . Afaf rasa macam nak salah kan test tu saja . Entah betul ke tak . hihi 

Hari selasa afaf balik ipoh , afaf memang rasa sakit sakit perut and then mudah stress , rasa sikit sikit nak nangis , tak tahu kenapa . Jenuh husband afaf pujuk 

" jangan lah sedih lagi , kuat sikit ye . nak pizza ? kfc ? nak apa ? 
bila dengar pizza semua benda tu afaf jadi senyum kejap lepas tu sambung nangis balik . 
kebetulan masa tu memang umi afaf ada sekali so dia pun macam serba salah nak balik kelantan.


2 days lepas tu afaf pergi jusco . Kali ni beli lagi pregnancy test . Kali ni beli yang mahal sikit sebab husband afaf kata mungkin hasilnya positive kot . haaa ayat nak buat afaf senyum . 

Balik rumah memang laju laju masuk tandas . then test tu tak boleh pakai 
i dont know why . Dugaan 
Benda alah tu jadi macam ni haa



afaf beli benda alah ni RM32 tau . Sedih bila kena campak dalam tong sampah macam tu je

Tak puas hati lagi afaf ajak husband pergi klinik . Then bila masuk klinik kesihatan tu punya lah ramai . Dua jam afaf tunggu dekat situ akhirnya afaf balik macam gitu saja.  Bukan apa , kesian husband afaf sebab dia bukan jenis orang yang suka buang masa macam tu so dia bawa afaf dekat poliklinik saja . 

Test urine then hasilnya memang negative . Dr banyak sembang dengan afaf , dia bagitahu keadaan hormon afaf mungkin tak stabil dan bla bla bla and then kalau berlarutan afaf memang perlu jumpa pakar . Afaf dengar tak dengar saja sebab dalam hati rasa berbelah bagi . Sedih ada , sukaa pun ada . Tapi afaf tahu ada hikmah 

Afaf yang terlampau excited sebenarnya . Dan sekarang afaf redha 
Mungkin perut afaf memang buncit . Bukan ada baby pun